Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Saturday, July 8, 2017

PEMANTAUAN PROGRAM GROW

Pada 6 Julai 2017 (Khamis), sekolah kami telah dikunjungi oleh empat orang pegawai SISC+. Kunjungan pegawai-pegawai SISC+ yang diketuai oleh En. Muhammad Nor telah memantau pelaksanaan Program GROW. Program GROW yang sedang dilaksanakan memfokuskan pencapaian akademik murid Tahun 6. Data-data yang dikumpulkan adalah daripada keputusan peperiksaan sepanjang tahun. 


Tujuan pemantauan adalah untuk membantu guru-guru mengenal pasti punca masalah yang perlu dibaiki bagi meningkatkan lagi pencapaian murid ke tahap yang optimum. Para pegawai berbincang dengan guru-guru serta pentadbir sekolah mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam membantu murid yang berpotensi.


Kunjungan para pegawai SISC+ memberi peluang dan ruang untuk guru-guru mendapatkan bantuan dalam menangani masalah-masalah pembelajaran. Sekaligus dapat meringankan dan seterusnya menunjukkan jalan yang terbaik untuk murid memantapkan ilmu yang telah dipelajari. Terima kasih diucapkan kepada para pegawai yang sudi datang membantu kami dalam menyelesaikan masalah kami.

No comments:

Post a Comment