Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, June 28, 2018

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN PERSEKITARAN BLOK BAHARU



Pada 26 Julai 2018 (Selasa) pihak sekolah telah mengadakan program gotong-royong bagi membersihkan kawasan bilik darjah dan gelanggang sepak takraw. Gotong-royong telah disertai oleh guru-guru dan murid-murid Tahap 2. Manakala murid-murid Tahap 1 mengikuti aktiviti tayangan.



Blok baharu ini telah disiapkan sepenuhnya sebelum sesi persekolahan penggal kedua 2018 dibuka. Bangunan ini merupakan gantian kepada bangunan lama yang telah usang dan tidak selamat diduduki. Ia mempunyai 3 buah bilik darjah denga kapasiti seramai 30 orang murid.



Bangunan ini akan digunakan oleh murid-murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6. Manakala bilik darjah lama akan diubahsuai untuk dijadikan bilik guru dan bililk mesyuarat. Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, PPD Sepang dan Jabatan Kerja Raya Selangor kerana mengambil berat akan masalah sekolah sehingga terbinanya bangunan baharu ini.


LAWATAN KEDAP KE EDU-PARK UKM 2018


Kelas Dewasa Asli dan Pribumi (KEDAP) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Edu-Park Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang. Lawatan tersebut telah diadakan pada 26 Julai 2018 (Selasa) dengan seramai 55 orang peserta yang terdiri daripada peserta KEDAP, guru pengiring dan murid-murid daripada Tahap 2.



Lawatan sambil belajar ini telah mendapat tajaan daripada Islamic Relief Malaysia (IRM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Tempoh lawatan tersebut adalah dari pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang. Banyak tempat yang menarik telah dilawati seperti ladang kuda, taman herba dan rumah kebudayaan.



Tujuan penganjuran lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta KEDAP terutamanya tentang potensi menjana ekonomi di kampung masing-masing seperti mengusahakan ladang ternakan, pertanian malah inap desa. Para peserta yang mengikuti lawatan ini telah memberikan respon yang amat baik dan mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penaja.





Tuesday, June 19, 2018

SALAM AIDILFITRI 1439H

Image result for hari raya aidilfitri 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H kepada semua warga SK Bukit Tampoi (A) yang beragama Islam. Hari raya tahun ini jatuh pada cuti sekolah yang bermula pada 9 - 24 Jun 2018. Manakala Hari Raya Aidilfitri pula jatuh pada 15 Jun 2018 (Jumaat). Sekolah akan dibuka semula pada 25 Jun 2018 (Isnin).

Sempena hari yang mulia ini pihak sekolah menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas kesalahan yang telah dilakukan. Kami sentiasa terbuka untuk menerima teguran yang membina demi kebaikan sekolah. Semoga lebaran ini memberi kebahagiaan kepada semua. Hati-hati semasa memandu kenderaan pulang ke kampung. Kami doakan agar anda selamat pergi dan pulang.

Thursday, June 7, 2018

PROGRAM IKATAN KASIH RAMADHAN 2018


Program Ikatan Kasih Ramadhan yang lebih dikenali sebagai Program Ikram merupakan sebuah program yang diwujudkan oleh Pertubuhan Dakwah Islamiah Sekolah (Pekdis) daerah Sepang untuk memberi bantuan kepada golongan murid Orang Asli yang beragama Islam. Mereka adalah dari sekolah Orang Asli ataupun dari sekolah harian biasa.

Pada tahun ini Pogram Ikram ini telah dijadikan sebagai salah satu daripada program peringkat negeri Selangor. Ini disebabkan gabungan di antara dua buah daerah iaitu daerah Sepang dan Kuala Langat. Jumlah peserta keseluruhan adalah 265 orang dan guru-guru pengiring dari sekolah masing-masing. SK Bukit Tampoi (A) telah menghantar seramai 20 orang murid dengan 3 orang guru pengiring.

Aktiviti yang dijalankan di dalam program ini adalah membeli-belah persiapan baju raya di Mydin Seremban, majlis iftar perdana dan sumbangan duit raya. Program yang berlangsung selama dua hari satu malam iaitu pada 5 dan 6 Jun 2018 (Selasa dan Rabu) telah diadakan di Masjid KLIA, Sepang. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor. Turut hadir adalah Timbalan PPD Sepang dan Timbalan PPD Kuala Langat.











MAJLIS PEMBERIAN SUMBANGAN RAMADHAN UEM EDGENTA 2018


Majlis Pemberian Sumbangan Ramadhan UEM Edgenta 2018 telah berjaya diadakan pada 1 Jun 2018 (Jumaat) yang bertempat di Pusat Sumber Sekolah (PSS). Seramai 32 orang murid Islam telah dipilih untuk menerima bantuan tersebut bersama ibu bapa masing-masing. Mereka terdiri daripada murid Prasekolah hingga Tahun 6.

Sumbangan Ramadhan ini telah disumbangkan oleh UEM Edgenta yang merupakan sebuah syarikat korporat yang telah mengambil sekolah ini sebagai sekolah angkat mereka. Pihak UEM Edgenta telah menyumbangkan barangan keperluan harian termasuk peralatan raya dan duit raya kepada setiap keluarga.

Terima kasih diucapkan kepada UEM Edgenta kerana telah sudi memberikan sumbangan yang amat bermakna kepada murid serta keluarga yang akan menyambut hari lebaran tidak berapa lama lagi. Semoga dengan sumbangan kali ini dapat memberi sinar harapan dan kegembiraan kepada mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.