Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, June 7, 2018

MAJLIS PEMBERIAN SUMBANGAN RAMADHAN UEM EDGENTA 2018


Majlis Pemberian Sumbangan Ramadhan UEM Edgenta 2018 telah berjaya diadakan pada 1 Jun 2018 (Jumaat) yang bertempat di Pusat Sumber Sekolah (PSS). Seramai 32 orang murid Islam telah dipilih untuk menerima bantuan tersebut bersama ibu bapa masing-masing. Mereka terdiri daripada murid Prasekolah hingga Tahun 6.

Sumbangan Ramadhan ini telah disumbangkan oleh UEM Edgenta yang merupakan sebuah syarikat korporat yang telah mengambil sekolah ini sebagai sekolah angkat mereka. Pihak UEM Edgenta telah menyumbangkan barangan keperluan harian termasuk peralatan raya dan duit raya kepada setiap keluarga.

Terima kasih diucapkan kepada UEM Edgenta kerana telah sudi memberikan sumbangan yang amat bermakna kepada murid serta keluarga yang akan menyambut hari lebaran tidak berapa lama lagi. Semoga dengan sumbangan kali ini dapat memberi sinar harapan dan kegembiraan kepada mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.








No comments:

Post a Comment