Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, June 7, 2018

PROGRAM IKATAN KASIH RAMADHAN 2018


Program Ikatan Kasih Ramadhan yang lebih dikenali sebagai Program Ikram merupakan sebuah program yang diwujudkan oleh Pertubuhan Dakwah Islamiah Sekolah (Pekdis) daerah Sepang untuk memberi bantuan kepada golongan murid Orang Asli yang beragama Islam. Mereka adalah dari sekolah Orang Asli ataupun dari sekolah harian biasa.

Pada tahun ini Pogram Ikram ini telah dijadikan sebagai salah satu daripada program peringkat negeri Selangor. Ini disebabkan gabungan di antara dua buah daerah iaitu daerah Sepang dan Kuala Langat. Jumlah peserta keseluruhan adalah 265 orang dan guru-guru pengiring dari sekolah masing-masing. SK Bukit Tampoi (A) telah menghantar seramai 20 orang murid dengan 3 orang guru pengiring.

Aktiviti yang dijalankan di dalam program ini adalah membeli-belah persiapan baju raya di Mydin Seremban, majlis iftar perdana dan sumbangan duit raya. Program yang berlangsung selama dua hari satu malam iaitu pada 5 dan 6 Jun 2018 (Selasa dan Rabu) telah diadakan di Masjid KLIA, Sepang. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor. Turut hadir adalah Timbalan PPD Sepang dan Timbalan PPD Kuala Langat.











No comments:

Post a Comment