Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label Pendidikan Islam. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan Islam. Show all posts

Sunday, June 30, 2024

KARNIVAL FITRAH MURID ORANG ASLI (KAFOA) & KARNIVAL FITRAH KASIH (KAFIKA) SJK TAHUN 2024M/1445H

 

Karnival Fitrah Murid Orang Asli (KAFOA) dan Karnival Fitrah Kasih (KAFIKA) SJK Tahun 2024M/1445H peringkat daerah Sepang telah diadakan pada 20 Jun 2024. Karnival yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran PPD Sepang telah diuruskan oleh SK Bukit Tampoi (A) sebagai tuan rumah pertandingan.

KAFOA telah disertai oleh 3 buah sekolah Murid Orang Asli daerah Sepang manakala KAFIKA pula telah disertai oleh 7 buah sekolah daripada SJK(C) dan SJK(T). Acara yang dipertandingkan pada karnival ini adalah seperti tilawah Al-Quran, hafazan, azan dan iqamah, daei cilik dan nasyid. SK Bukit Tampoi (A) telah menyertai semua acara yang dipertandingkan.

Impak daripada pertandingan yang disertai oleh SK Bukit Tampoi (A), kita telah mendapat johan bagi 2 kategori iaitu daei cilik kategori lelaki dan perempuan. Tahniah buat adik Putra Adyrian dan Puteri Syamimi Diana dari kelas 5 Dahlia. Selain daripada itu, pasukan kita juga memenangi tempat kedua acara azan dan iqamah dan tempat ketiga acara tilawah, hafazan dan nasyid.

Tahniah buat pasukan sekolah yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam Karnival Fitrah Murid Orang Asli (KAFOA) tahun 2024. Semoga kita dapat memperbaiki kelemahan kita pada tahun ini adan mencapai kecemerlangan yang lebih baik pada tahun hadapan. Terima kasih juga kepada para penyumbang Pusat Zakat Selangor dan Pejabat Parlimen Sepang serta guru-guru dan staf SK Bukit Tampoi (A) yang telah bertungkus-lumus menjayakan karnival tahun ini.


Saturday, April 6, 2024

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM IHYA RAMADAN 2024



Majlis Penutupan Program Ihya ramadan 2024 telah diadakan pada 5 April 2024 (Jumaat) di kantin sekolah. Majlis telah disempurnakan oleh En. Mohd Fadzli bin Mansor, Guru Besar SK Bukit Tampoi (A). Turut hadir pada maslis tersebut adalah semua murid beragama Islam dan semua guru.

Pada majlis tersebut, semua guru dan murid bersama-sama membacakan surah Ad-Dhuha hingga Al-Fatihah menandakan khatam Al-Quran pada tahun 2024. Program yang dianjurkan bersama di antara panitia Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Bahasa Arab telah berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya.

Setelah selesai khatam Al-Quran, murid-murid diberikan sumbangan duit raya dan hadiah bagi pertandingan yang telah dijalankan semasa program ini berlangsung. Terima kasih kepada para penyumbang yang telah memberikan sumbangan ikhlas untuk meraikan murid-murid Orang Asli yang beragama Islam di sekolah ini. Semoga Allah menambah keberkatan rezeki para penyumbang pada tahun akan datang.

Friday, October 27, 2023

MAJLIS APRESIASI MAHRAJAN ADNI PERINGKAT PPD SEPANG TAHUN 2023

Majlis Apresiasi Mahrajan Adni merupakan majlis anugerah pencapaian murid dalam pertandingan berasaskan Pendidikan Islam yang dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam PPD Sepang. Majlis ini telah diadakan pada 24 Oktober 2023 bertempat di Dewan SMK Datuk Abu Bakar Baginda. Pada tahun 2023 ini, 2 orang murid SK Bukit Tampoi (A) telah berjaya mendapat tempat ketiga dan keempat bagi kategori MQSS (Murid Orang Asli). 

Tahniah diucapkan buat adik Muhammad Sazali dan adik Affendi Azrill kerana telah mengharumkan nama sekolah pada tahun ini. Semoga lebih ramai murid sekolah ini yang berjaya pada tahun hadapan.

Friday, October 6, 2023

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2023


Sambutan Maulidur Rasul 2023 adalah sambutan untuk meraikan kelahiran Rasullallah S.A.W. Sambutan peringkat sekolah telah diadakan pada 5 Oktober 2023 (Khamis) yang dianjurkan oleh panitia Pendidikan Islam. Semua murid yang beragama Islam telah dikumpulkan di Bilik Agama untuk menyertai sambutan tersebut.

Sammbutan pada kali ini dimulakan dengan bacaan surah Yassin beramai-ramai yang diketuai oleh Ustaz Ismail. Sejurus selepas itu, murid-murid diperdengarkan ceramah sejarah Rasullallah S.A.W. yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad.

Selesai ceramah, semua murid berselawat beramai-ramai dengan diiringi oleh semua guru yang hadir. Dengan cara ini, murid-murid dapat menghayati nikmat kelahiran Rasullallah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tahniah diucapkan kepada panitia Pendidikan Islam kerana dapat mengadakan sambutan ini dengan jayanya.


Tuesday, April 18, 2023

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2023


Majlis Khatam Al-Quran SK Bukit Tampoi (A) telah dilaksanakan pada 18 April 2023 (Selasa) di Kantin SK Bukit Tampoi (A). Majlis telah diadakan pada pukul 8.00 pagi dengan seramai 36 orang murid yang beragama Islam yang diketuai oleh Guru Besar dan Ustaz Ismail. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah bekerjasama menjayakan majlis ini.


MAJLIS IFTAR RAMADAN SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2023

 

Majlis Iftar Ramadan SK Bukit Tampoi (A) Tahun 2023 telah diadakan pada 17 April 2023 (Isnin) di Kantin SK Bukit Tampoi (A). Majlis ini diadakan bermula dari pukul 6.30 petang hingga 8.00 malam. Semua murid yang beragama Islam telah dijemput menghadiri majlis tersebut. Turut hadir adalah ibu bapa yang mengiringi murid serta guru-guru sekolah.

Majlis ini mendapat tajaan daripada orang perseorangan yang bermurah hati yang diketuai oleh Dato' Zuraidah binti Atan dan rakan-rakan beliau. Tajaan meliputi jamuan berbuka puasa dan sumbangan duit raya untuk murid-murid beragama Islam. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang telah dihulurkan. Semoga rezeki Dato' dan rakan-rakan bertambah dan melimpah-ruah.

Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Muhammad Asyraf bin Sabri yang telah mewakili Dato' Zuraidah. Alhamdullah, syukur ke hadrat Ilahi majlis yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar walaupun dalam keadaan yang sederhana. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang kerana sudi menaja majlis iftar pada tahun ini. Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan pada tahun hadapan.