Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, October 6, 2023

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2023


Sambutan Maulidur Rasul 2023 adalah sambutan untuk meraikan kelahiran Rasullallah S.A.W. Sambutan peringkat sekolah telah diadakan pada 5 Oktober 2023 (Khamis) yang dianjurkan oleh panitia Pendidikan Islam. Semua murid yang beragama Islam telah dikumpulkan di Bilik Agama untuk menyertai sambutan tersebut.

Sammbutan pada kali ini dimulakan dengan bacaan surah Yassin beramai-ramai yang diketuai oleh Ustaz Ismail. Sejurus selepas itu, murid-murid diperdengarkan ceramah sejarah Rasullallah S.A.W. yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad.

Selesai ceramah, semua murid berselawat beramai-ramai dengan diiringi oleh semua guru yang hadir. Dengan cara ini, murid-murid dapat menghayati nikmat kelahiran Rasullallah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tahniah diucapkan kepada panitia Pendidikan Islam kerana dapat mengadakan sambutan ini dengan jayanya.


No comments:

Post a Comment