Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, September 30, 2019

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2019


Bulan Kemerdekaan yang telah dijalankan pada sepanjang bulan Ogos dan September tahun ini dengan jayanya. Sebagai penutup kepada Program Bulan Kemerdekaan ini, satu Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 30 September 2019 (Isnin). Majlis ini telah disempurnakan oleh En. Farid Anwar Bin Shaari (GPK Kokurikulum).

Pada majlis tersebut, para pemenang bagi setiap pertandingan yang telah dijalankan sepanjang program tersebut telah diberikan hadiah mengikut kategori masing-masing. Pertandingan yang telah diadakan adalah seperti pertandingan mewarna, melukis poster dan karaoke.

Tahniah diucapkan kepada Unit Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan panitia-panitia yang terlibat dalam menganjurkan semua pertandingan. Semoga pertandingan seperti ini dapat menanamkan nilai patriotik ke dalam diri murid-murid semua.










PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA 2019


Program Gotong-royong Perdana adalah salah satu program yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Tampoi (A) bagi tahun 2019. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Unit Kebersihan, Hal Ehwal Murid.

Program ini telah diadakan pada 28 September 2019 (Sabtu) telah mendapat kerjasama daripada ibu bapa, guru-guru dan kakitangan Islamic Relief Malaysia (IRM). Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menceriakan lanskap sekolah meliputi kawasan prasekolah, Bilik RBT, Stor Pendidikan Jasmani, Taman Pendidikan Islam, Taman Herba dan Pondok Cendawan.

Aktiviti dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh GPK Hal Ehwal Murid berkaitan pembahagian peserta mengikut stesen dan jadual program. Seterusnya aktiviti gotong-royong mengikut stesen yang telah ditetapkan. Pada pukul 10.00 pagi para peserta dihidangkan dengan minum pagi. Seterusnya aktiviti gotong-royong diteruskan sehingga pukul 12.00 tengah hari.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG kerana telah menyediakan sebuah jentolak bagi memudahkan kerja-kerja meratakan, memunggah dan mengalihkan tanah ke tempat yang sesuai.

Diharapkan agar program ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang, demi menjadikan kawasan sekolah sebagai tempat yang kondusif untuk belajar di samping dapat menarik kehadiran murid ke sekolah. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. 










Thursday, September 19, 2019

PENUTUPAN SEKOLAH SK BUKIT TAMPOI (A) AKIBAT JEREBU

Berdasarkan bacaan Indeks Pencermaran Udara (IPU) yang telah melebihi 200 pada 18 September 2019 (Rabu), SK Bukit Tampoi (A) ingin memaklumkan bahawa sekolah akan ditutup selama 2 hari iaitu pada 19 September 2019 (Khamis) dan 20 September 2019 (Jumaat).

Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 23 September 2019 (Isnin). Walau bagaimanapun, pejabat dan kakitangan sekolah akan beroperasi seperti biasa. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada keadaan semasa.

Sekian, harap maklum.

Wednesday, September 18, 2019

PENUTUPAN SEKOLAH SK BUKIT TAMPOI (A) AKIBAT JEREBU

Berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang telah melebihi 200 pada 18 September (Rabu). SK Bukit Tampoi (A) ingin memaklumkan bahawa sekolah akan ditutup selama 2 hari iaitu pada 19 September 2019 (Khamis) dan 20 September 2019 (Jumaat).

Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 23 September 2019 (Isnin). Walau bagaimanapun, pejabat dan kakitangan sekolah akan beroperasi seperti biasa. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada keadaan semasa.

Sekian, harap maklum.

Monday, September 16, 2019

PENUTUPAN SEKOLAH SK BUKIT TAMPOI (A) AKIBAT JEREBU

Berdasarkan bacaan Indeks Pencermaran Udara (IPU) yang telah melebihi 200 mulai jam 5.00 petang hari ini, SK Bukit Tampoi (A) ingin memaklumkan bahawa sekolah akan ditutup pada hari esok, 17 September 2019 (Selasa).

Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 18 September 2019 (Rabu). Walau bagaimanapun, pejabat dan kakitangan sekolah akan beroperasi seperti biasa. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada keadaan semasa.

Sekian, harap maklum.