Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label PSS. Show all posts
Showing posts with label PSS. Show all posts

Friday, April 26, 2024

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2024


Program NILAM adalah akronim bagi Nadi Ilmu Amalan Membaca yang diwujudkan supaya amalan membaca dapat dipupuk sejak dari kecil lagi. Program ini perlu sentiasa dibugarkan semula agar murid-murid sentiasa peka akan program dan amalan membaca dapat diteruskan setiap masa. Amalan membaca bukan sahaja dapat menambahkan ilmu tetapi boleh dijadikan sebagai terapi untuk menenangkan jiwa dan memberi kepuasan kepada pembaca. 

Maka, pada 26 April 2023 (Jumaat), Program NILAM telah dilancarkan semula. Majlis pelancaran semula telah disempurnakan oleh En. Mohd Fadzli bin Mansor, Guru Besar SK Bukit Tampoi (A). Program ini akan dijalankan sepanjang tahun 2024 hingga Februari 2025.

Murid perlu membaca sekurang-kurangnya 144 buat buku atau artikel untuk membolehkan mereka mendapat 1 bintang. Jumlah buku atau artikel yang telah dibaca perlu dicatatkan ke dalam buku NILAM yang ada pada setiap orang murid. Semoga dengan pelancaran semula Program NILAM ini dapat menggalakkan murid-murid SK Bukit Tampoi (A) menjadikan amalan membaca suatu rutin harian mereka. 


Tuesday, April 23, 2024

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2024


Program Jom Baca Bersama 10 Minit telah diadakan di SK Bukit Tampoi (A) pada 23 April 2024 (Selasa). Program yang bermula dari pukul 11.00 pagi hingga 11.10 pagi telah dilaksanakan oleh semua murid-murid di semua kelas. Di peringkat sekolah, program ini dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Di peringkat kebangsaan program ini adalah kolaborasi di antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Malaysia supaya meneruskan amalan membaca khususnya dalam kalangan murid-murid sekolah.

Tahniah diucapkan kepada KPM dan DBP di atas inisiatif untuk mewujudkan program ini. Walaupun program ini dijalankan cuma 10 minit, namun harapan program ini supaya amalan membaca ini dapat diteruskan sampai bila-bila. Tema Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini adalah "Pembacaan Melestarikan Perpaduan".

Monday, July 17, 2023

PROGRAM NILAM 2023

Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) telah dilancarkan pada 10 Julai 2023 (Isnin) oleh En. Mohd Fadzli bin Mansor, Guru Besar SK Bukit Tampoi (A). Pelancaran ini dibuat bagi mewar-warkan kepada warga sekolah bahawa amalan membaca perlu diteruskan pada setiap masa.

Program yang dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber Sekolah (PSS) akan berlangsung sehingga tamat sesi persekolahan 2023/2024. Ini bermakna bahasa murid membaca adalah salah satu cara untuk menambah ilmu pengetahuan selain daripada belajar di dalam kelas semata-mata.

Justeru itu, Program NILAM ini harus dijadikan pemangkin untuk meningkatkan amalan membaca agar ia menjadi budaya di mana sahaja. Jadikanlah budaya membaca ini suatu amalan supaya ilmu pengetahuan dapat diperolehi dan diamalkan untuk menjadikan kita anak yang bijak lagi cerdik.

Tuesday, April 11, 2023

MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2023

 

Majlis Pelantikan Pemimpin Muda SK Bukit Tampoi (A) telah dilaksanakan pada 10 April 2023 (Isnin) bertempat di tapak perhimpunan sekolah. Pada majlis tersebut, seramai 87 orang pemimpin muda sekolah telah dilantik secara rasmi. Mereka meliputi pengawas sekolah, penngawas pusat sumber, pengawas SPBT, Patrol Dengkil serta ketua dan penolong ketua kelas.

Watikah pelantikan telah disampaikan oleh En. Mohd Fadzli bin Mansor (Guru Besar) yang turut diiringi oleh En. Muhammad bin Ismail (GPK Hal Ehwal Murid). Setelah penerimaan watikah para pemimpin muda ini bersama-sama membaca ikrar aku janji yang diketuai oleh adik Chahaya binti Rahmat (Ketua Pengawas Sekolah).

Tahniah diucapkan kepada semua pemimpin muda yang telah dilantik. Jawatan yang diberikan adalah amanah yang perlu dipikul dan dilaksanakan dengan adil dan saksama bagi memastikan perjalanan program atau aktiviti sekolah dapat disempurnakan dengan jayanya. Semoga kalian sentiasa tabah dan sabar semasa menjalankan tugas sepanjang masa.


Pengawas Pusat Sumber Sekolah


Pengawas SPBT


Patrol Dengki


Ketua dan Penolong Ketua Kelas
 

Chahaya binti Rahmat
(Ketua Pengawas Sekolah)


Lafaz Ikrar Aku Janji