Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, January 12, 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017


Kejohanan Merentas Desa SK Bukit Tampoi (A) bagi tahun 2017 telah diadakan pada 12 Januari 2017 (Khamis) di Kampung Orang Asli (KOA) Bukit Tampoi, Dengkil. Semua murid daripada Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 telah mengikuti aktiviti ini. Manakala murid-murid Prasekolah dan Tahun 1 meneruskan pembelajaran seperti biasa. Jarak perjalanan merentas desa ini adalah sejauh 4 kilometer.


Berkumpul di Tapak Perhimpunan

Sebelum aktiviti dijalankan, para peserta perlu mengikuti aktiviti gogorama sebagai aktiviti memanaskan badan. Kemudian, mereka perlu mengikuti taklimat keselamatan yang disampaikan oleh En. Anuar selaku Penyelaras Kejohanan.


Taklimat Keselamatan

Sejurus selepas itu, mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut kategori masing-masing iaitu kategori lelaki terbuka dan perempuan terbuka. Acara pelepasan dimulai dengan pelepasan peserta perempuan sebelum peserta lelaki. En. Mohd. Rahman selaku Guru Besar telah berbesar hati untuk melepaskan para peserta.


Peserta Lelaki



Peserta Perempuan

Para peserta telah berlari dengan bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk memenangi kejohanan ini. Hanya mereka yang terbaik sahaja yang layak menang. Sepuluh peserta yang tiba di garisan penamat yang terawal sahaja yang akan dipilih menjalani latihan sebelum ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Sepang.


Pelepasan Peserta Perempuan



Pelepasan Peserta Lelaki


No comments:

Post a Comment