Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, January 10, 2017

PROGRAM INTEGRASI LINUS 2017

Program Integrasi Linus adalah satu program kolaborasi SK Bukit Tampoi (A) dengan Pusat Asasi UiTM Cawangan Dengkil. Pihak sekolah melalui Penyelaras Linus dan Guru Pemulihan akan memilih murid-murid Linus Tahun 2 dan Tahun 3 manakala pihak UiTM akan menyediakan pelajar sebagai fasilitator dalam membantu Penyelaras Linus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid-murid sehingga keluar daripada kategori Linus dan memasuki pembelajaran arus perdana.


Bagi pelajar UiTM pula, mereka terdiri daripada 40 orang pelajar-pelajar semester kedua dan diselia oleh dua orang pensyarah yang memberi pendedahan awal kepada mereka tentang situasi sebenar di dalam bilik darjah. Khususnya bagi mereka yang pertama kali mendapat pengalaman yang sangat bernilai kerana dapat mempelajari sesuatu daripada murid-murid Orang Asli.


Mereka akan menggunakan modul Bacalah Anakku bagi membantu murid menguasai kemahiran membaca Bahasa Melayu. Sebelum menggunakan modul tersebut para pelajar UiTM diberikan pendedahan awal oleh para pensyarah tentang cara penggunaan modul dengan kaedah yang sesuai. Usaha kolaborasi dengan agaensi luar ini amat menguntungkan kedua-dua belah pihak.


No comments:

Post a Comment