Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Wednesday, February 7, 2024

SP SETIA FESTIVE DISCOVERY - CHINESE NEW YEAR 2024

SP Setia Setia Festive Discovery - Chinese New Year telah diadakan di SJK(C) Kg. Baru Semenyih pada 7 Februari 2024 (Rabu). Turut serta dalam program ini adalah 3 buah sekolah angkat SP Setia iaitu SK Semenyih, SJK(T) Ladang Rinching dan SK Bukit Tampoi (A). SK Bukit Tampoi (A) telah menghantar seramai 20 orang peserta yang diiringi oleh 3 orang guru pengiring.

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa orang tetamu kehormat iaitu Datuk Yuslina binti Mohd Yunus (SP Setia), guru besar sekolah-sekolah angkat SP Setia, ahli-ahli Lembaga Pengelola Sekolah (LPS), ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) daripada SJK(C) Kg. Baru Semenyih.

Di dalam program tersebut, murid-murid sekolah angkat SP Setia telah membuat persembahan sekolah masing-masing bertemakan Tahun Baru Cina. SK Bukit Tampoi (A) telah membuat persembahan Lemak Manis, SK Semenyih telah membuat persembahan tarian kipas dan SJK(T) Ladang Rinching telah membuat persembahan tarian payung Cina. Manakala sekolah tuan rumah iaitu SJK(C) Kg. Baru Semenyih telah membuat persembahan tarian Happy Long Long Time.

Selain daripada itu, SJK(C) Kg. Baru Semenyih turut merasmikan Pertubuhan Gendang 24 Musim yang dirasmikan oleh Lembaga Pengelola Sekolah (LPS). Diikuti oleh persembahan Gendang 24 Musim yang dipersembahkan oleh murid-murid sekolah tersebut. Sempena Tahun Baru Cina ini juga pihak sekolah telah menjemput dan mempersembahankan tarian singa.

Kami rasa sungguh bertuah kerana dipilih sebagai salah sebuah sekolah angkat SP Setia bersama sekolah-sekolah yang lain. Murid-murid yang menyertai lawatan tersebut juga diberi peluang untuk membuat persembahan kepada di hadapan murid-murid yang berbangsa Cina. Terima kasih kepada SP Setia kerana menjemput kami menyertai program tersebut. Juga tidak dilupakan buat Pn. Chan selaku Guru Besar SJK(C) Kg. Baru Semenyih kerana mengalu-alukan kedatang kami di sana. Semoga kita dapat bersua semula untuk Festive Discovery yang lain pula.


Ucapan Guru Besar


Ucapan YDP PIBG


Ucapan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS)


Tarian Kipas
(SK Semenyih)


Tarian Payung Cina
SJK(T) Ladang Rinching


Tarian Lemak Manis
SK Bukit Tampoi (A)


Tarian Long Long Time
SJK(C) Kampung Baru Semenyih


Persembahan Teater



Tarian Singa


Perasmian Pertubuhan Gendang 24 Musim


Persembahan Murid Gendang 24 Musim

No comments:

Post a Comment