Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, February 1, 2024

PROGRAM WOW! SERONOKNYA SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2024


Program Wow! adalah program yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor khusus untuk mendaftarkan murid-murid Orang Asli daripada Sekolah-sekolah Murid Orang Asli ke sekolah menengah. SMK Dengkil telah mengadakan program ini pada 1 Februari 2024 (Khamis) di sekolah tersebut. Turut hadir pada program tersebut adalah Pn. Radzilah dan pegawai-pegawai daripada Unit Sekolah Jenis Khas (USJK) Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Selain daripada itu, turut hadir bersama adalah Guru Besar SK Bukit Tampoi (A) dan Guru Besar SK Sungai Melut (A). Murid-murid dikumpulkan terlebih dahulu di kantin sekolah sebelum di bawah masuk ke Bilik Kasturi untuk sesi taklimat bersama ibu bapa mereka yang dipengerusikan oleh adik Ameera binti Rajis bekas murid SK Bukit Tampoi (A) yang kini berada di Tingkatan 3 di SMK Dengkil. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pn. Salina, Pengtuan SMK Dengkil. Diikuti pula dengan ucapan daripada Pn. Radzilah, Ketua Pegawai Kanan JPN Selangor.

Semasa sesi taklimat, ibu bapa dan murid-murid di persembahkan dengan persembahan multimedia yang memaparkan kejayaan murid-murid Orang Asli yang pernah bersekolah di sekolah tersebut. Ia akan menjadi inspirasikan buat mereka untuk kekal belajar dalam sistem pendidikan Malaysia. Semoga program ini dapat mencapai sasaran 100% murid Orang Asli daripada Sekolah Murid Orang Asli meneruskan pelajaran ke sekolah menengah.

No comments:

Post a Comment