Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label Perayaan. Show all posts
Showing posts with label Perayaan. Show all posts

Friday, April 26, 2024

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 telah disambut pada 26 April 2023 (Jumaat) di SK Bukit Tampoi (A). Semua guru dan murid berpakaian baju Melayu penuh warna-warni di samping pakaian raya bagi murid-murid Orang Asli yang bukan beragama Islam. Sambutan ini bertujuan untuk memeriahkan perayaan yang disambut orang Islam untuk mengenali budaya agama masing-masing.

Sambutan hari raya ini dimulai dengan pertandingan mewarna dan mereka kad raya masing-masing dilakukan oleh murid Tahap 1 dan Tahap 2. Kemudian murid-murid dihimpunkan di kantin sekolah untuk pertandingan pakaian raya tercantik yang terbuka kepada murid-murid Tahap 1. Diikuti pula dengan pertandingan nyanyian dan tarian bertemakan lagu raya yang disampaikan secara berkumpulan oleh murid-murid Tahap 2.

Di akhir sambutan, murid-murid dijamu dengan makanan yang dihidangkan sempena hari raya seperti ketupat, rendang, sate dan pelbagai kuih-muih raya. Sambutan hari raya tahun ini agak meriah dengan kehadiran tetamu undangan iaitu En. Muhammad bin Ismail dan En. Muhammad Fairuz bin Abdul Aziz mantan GPK Hal Ehwal Murid dan GPK Kokurikulum telah berpindah sekolah. Murid-murid mengambil peluang ini untuk bersalam-salaman dengan mereka kerana tidak dapat berbuat demikian sebelum ini.

Terima kasih kepada En. Muhammad dan En. Muhammad Fairuz kerana sudi hadir ke Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Bukit Tampoi (A) pada tahun ini. Semoga jasa baik tuan-tuan akan sentiasa dikenal oleh guru-guru dan murid-murid sekolah ini. Sambutan hari raya tahun ini berjaya mencapai objektifnya dengan semua warga sekolah bergembira dengan suasana dan sambutan yang hebat. Semoga sambutan seperti ini dapat diteruskan pada tahun hadapan.

Monday, November 11, 2019

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1441 HIJRAH / 2019 MASIHI


Maulidur Rasul 1441 Hijrah telah disambut oleh warga SK Bukit Tampoi (A) pada 8 November 2019 (Jumaat). Satu majlis sambutan telah diadakan di Bilik Pendidikan Islam yang dihadiri oleh semua guru dan staf sokongan. Turut hadir ialah En. Ilam bin Senin (YDP PIBG) yang turut menghormati sambutan dan amalan umat Islam di sini. 

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pn. Siti Saadah binti Mukrim (Guru Besar). Kemudian diikuti dengan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Di akhir majlis, para guru dan AJK PIBG dihidangkan dengan jamuan yang disediakan. Terima kasih diucapkan di atas keprihatinan guru-guru dan AJK PIBG yang menghormati agama lain.




Tuesday, June 19, 2018

SALAM AIDILFITRI 1439H

Image result for hari raya aidilfitri 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H kepada semua warga SK Bukit Tampoi (A) yang beragama Islam. Hari raya tahun ini jatuh pada cuti sekolah yang bermula pada 9 - 24 Jun 2018. Manakala Hari Raya Aidilfitri pula jatuh pada 15 Jun 2018 (Jumaat). Sekolah akan dibuka semula pada 25 Jun 2018 (Isnin).

Sempena hari yang mulia ini pihak sekolah menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas kesalahan yang telah dilakukan. Kami sentiasa terbuka untuk menerima teguran yang membina demi kebaikan sekolah. Semoga lebaran ini memberi kebahagiaan kepada semua. Hati-hati semasa memandu kenderaan pulang ke kampung. Kami doakan agar anda selamat pergi dan pulang.

Saturday, July 8, 2017

PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2017


Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2017 telah dijalankan pada 7 Julai 2017 (Jumaat). Program tersebut telah dijalankan bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Semua warga sekolah yang berpakaian hari raya telah bekerjasama dalam menjayakan program tersebut. Terima kasih diucapkan kepada semua penadbir, guru, kakitangan dan murid dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar.




















Sunday, January 1, 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2017

Image result for selamat tahun baru 2017

Selamat datang ke tahun 2017. Kami SK Bukit Tampoi (A) mengalu-alukan kedatangan anak-anak murid kami ke sekolah. Marilah kita bersama-sama belajar, bermain, bersukan dan bergembira di sekolah bersama-sama. Semoga tahun baru ini membawa kecemerlangan yang lebih baik daripada tahun lepas.