Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, August 11, 2017

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM PUSAT SUMBER 2017


Program Minggu Pusat Sumber 2017 telah melabuhkan tirainya. Program yang dijalankan selama empat hari bermula pada 7 Ogos 2017 hingga 9 Ogos 2017 telah menarik keseluruhan murid dari Prasekolah sehingga Tahun 6.

Pelbagai aktiviti yang telah dipertandingkan dan acara kemuncaknya adalah pada hari ini. Hari ini diadakan Majlis Penutupan Program Minggu Pusat Sumber 2017. Majlis ini telah dihadiri oleh semua pentadbir dan telah dirasmikan oleh Pn. Siti Saadah binti Mukrim, Guru Besar SK Bukit Tampoi (A). Pada majlis yang sama guru besar turut sudi menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Majlis telah diserikan lagi dengan persembahan nyanyian daripada murid-murid dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Mereka berani tampil ke hadapan untuk mempersembahkan lagu masing-masing. Turut tidak melepaskan peluang untuk mempamerkan bakat adalah guru-guru pelatih. Murid-murid berasa sungguh teruja dengan persembahan mereka semua. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. Semoga kemenangan anda akan seiring dengan pencapaian anda dalam bidang pendidikan.
















No comments:

Post a Comment