Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, August 14, 2017

PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN 2017



Bulan Ogos sinonim dengan bulan kemerdekaan. Justeru itu, Unit Kokurikulum telah menganjurkan Program Bulan Kemerdekaan yang telah dirasmikan oleh Guru Besar, SK Bukit Tampoi (A). Majlis telah diadakan di dalam kelas kerana cuaca yang tidak mengizinkan.

Walau bagaimanapun, sambutan pada majlisperasmian tersebut berlangsung dengan lancar dan meriah. Di dalam majlis yang sama guru besar turut menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya dengan cemerlang pada Peperiksaan Percubaan UPSR yang lalu. Mereka yang berjaya adalah Sarah Amanda, She Norafizah, Mazlynah dan Hasri Faizal.

Peperiksaan kali ini isimewa kerana buat pertama kalinya SK Bukit Tampoi (A) mendapat seorang calon yang memperoleh 6A di dalam Peperiksaan Percubaan UPSR. Pelajar cemerlang yang dimaksudkan ialah Sarah Amanda. Sebagai token serta motivasi kepada murid-murid yang lain, guru besar telah berbesar hati untuk menyampaikan hadiah berupa sebuah basikal yang disumbangkan oleh mantan YDP PIBG, En. Yusof bin Alip.

Selepas ucapan perasmian, para pentadbir diminta membuat cap tangan masing-masing pada kain rentang yang disediakan.  Sejurus kemudian, semua warga SK Bukit Tampoi (A) dengan bangganya telah bersama-sama menyanyikan beberapa buah lagu patriotik bagi menunjukkan kesetiaan warga sekolah kepada kemerdekaan negara. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-60.


Ucapan Perasmian


Sarah Amanda memperoleh 6A di dalam Percubaan UPSR 2017


Hadiah kepada murid yang memperoleh A di dalam Percubaan UPSR 2017



Tandatangan Guru Besar


Cap Tangan Pentadbir


Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

No comments:

Post a Comment