Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, August 11, 2017

PROGRAM SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN UPSR 2017


Program Solat Hajat dan Bacaan Yassin diadakan pada setiap pagi Jumaat sebagai satu usaha pihak sekolah untuk kejayaan murid-murid Tahun 6 semasa menduduki peperiksaan UPSR yang sedikit hari lagi. Program ini diadakan dalam kalangan guru-guru dan murid-murid Islam sahaja.

Kerjasama dua panitia iaitu Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab berkolaborasi dalam menjayakan program ini. Ustaz-ustaz pelatih telah diberi tanggungjawab untuk menjadi imam pada solat hajat dan bacaan Yassin secara bergilir-gilir.




No comments:

Post a Comment