Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Wednesday, August 9, 2017

PROGRAM BAS PINTAR 2017




Program Bas Pintar adalah program yang dikendalikan oleh Pintar Foundation ke setiap sekolah angkat mereka. Bas ini dibina bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada murid-murid menerokai dunia Sains dan Teknologi di dalam satu tempat sahaja. Konsep Bas Pintar ini hampir sama dengan Planiterium Negara dalam saiz yang lebih kecil.

Semua murid diberi peluang untuk naik dan menikmati kemudahan yang disediakan di dalam bas ini. Sebelum itu mereka diberi taklimat ringkas oleh pegawai penyelia tentang kegunaan bas ini. Setelah itu, mereka ditunjukkan cara penggunaan setiap kemudahan yang disediakan. 

Sememangnya kami menantikan kedatangan Bas Pintar ini ke sekolah sebagai wadah untuk menimba ilmu Sains dan menjadi pengalaman yang bermakna dalam kehidupan mereka. Terima kasih diucapkan kepada Pintar Foundation kerana telah menjadikan sekolah kami sebagai anak angkat. Harapan kami agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi menjadikan murid-murid celek teknologi.






No comments:

Post a Comment