Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label Pintar. Show all posts
Showing posts with label Pintar. Show all posts

Wednesday, August 9, 2017

PROGRAM BAS PINTAR 2017




Program Bas Pintar adalah program yang dikendalikan oleh Pintar Foundation ke setiap sekolah angkat mereka. Bas ini dibina bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada murid-murid menerokai dunia Sains dan Teknologi di dalam satu tempat sahaja. Konsep Bas Pintar ini hampir sama dengan Planiterium Negara dalam saiz yang lebih kecil.

Semua murid diberi peluang untuk naik dan menikmati kemudahan yang disediakan di dalam bas ini. Sebelum itu mereka diberi taklimat ringkas oleh pegawai penyelia tentang kegunaan bas ini. Setelah itu, mereka ditunjukkan cara penggunaan setiap kemudahan yang disediakan. 

Sememangnya kami menantikan kedatangan Bas Pintar ini ke sekolah sebagai wadah untuk menimba ilmu Sains dan menjadi pengalaman yang bermakna dalam kehidupan mereka. Terima kasih diucapkan kepada Pintar Foundation kerana telah menjadikan sekolah kami sebagai anak angkat. Harapan kami agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi menjadikan murid-murid celek teknologi.






Sunday, November 13, 2016

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-20 TAHUN 2016

Persediaan Rumah Sukan
 Para Tetamu Yang Hadir

Perbarisan Lintas Hormat
Rumah Merah

Rumah Kuning

Rumah Biru

Prasekolah 

Lafaz Ikrar Kejohanan


Bacaan Doa

Ucapan Guru Besar

Ucapan YDP PIBG

 Penyampaian Cenderamata

Para Tetamu Yang Diundang

 Guru-guru yang terlibat


Thursday, August 4, 2016

BAS PINTAR FOUNDATION 2016


Bas Pintar Foundation merupakan bas yang telah diubahsuai menjadi pusat pembelajaran interaktif kepada murid-murid di semua sekolah di bawah tajaan Pintar Foundation di seluruh negara. Murid-murid dibenarkan untuk menaiki bas ini untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang sungguh menarik. 

Di dalam bas ini telah diubahsuai mengikut tema yang ditetapkan. Kali ini tema yang diterapkan di dalam bas ini adalah kecerdasan pelbagai (multiple intelligence). Di antara kecerdasan pelbagai yang ada adalah kecerdasan verbal, emosi, visual, muzik, logik dan kinestetik.