Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Monday, May 9, 2022

PERHIMPUNAN RASMI FASA ENDEMIK COVID-19

Bermula 1 Mei 2022, negara Malaysia telah hampir memasuki fasa endemik. Justeru itu, kerajaan Malaysia telah mengeluarkan SOP baharu berkaitan pencegahan Covid-19. Demikian pula dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah mengeluarkan SOP yang baharu berkaitan pengoperasian sekolah.

Menurut SOP baharu KPM, semua sekolah sudah boleh kembali kepada keadaan normal sebelum pandemik melanda negara. Justeru itu, pihak sekolah telah mengadakan perhimpunan rasmi yang pertama selepas hampir dua tahun tidak dapat mengadakan perhimpunan rasmi di sekolah.

Perhimpunan pertama yang diadakan agak kelam-kabut kerana banyak perkara yang sudah dilupakan dan memerlukan pembugaran semula. Walau bagaimanapun, kita bersyukur kerana sekurang-kurangnya perhimpunan kali ini dapat dilaksanakan semula. Amalkan SOP untuk jauhi penyakit Covid-19 agar kita semua dapat kembali kepada kehidupan yang normal semula. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Kembali Ke Sekolah.

Monday, April 11, 2022

PERHIMPUNAN MINI SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2022

 




Perhimpunan rasmi pada setiap hari Isnin secara berkumpul di tapak perhimpunan masih belum dibenarkan lagi. Justeru itu, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk mengadakan perhimpunan mini di dalam kelas sahaja.

Tujuan perhimpunan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid terutamanya Tahun 1 yang baharu masuk ke sekolah pada tahun ini. Ia juga memberi pendedahan kepada semua murid untuk menyanyikan lagu Negaraku, negeri Selangor dan lagu sekolah.

Setelah nyanyian 3 buah lagu tersebut, wakil murid daripada Tahap 2 untuk membacakan teks berkaitan Program 5 Minit Antidadah dan murid Tahap 1 akan menjalankan Program Bijak Suku Kata. Aktiviti ini akan diteruskan sehingga perhimpunan rasmi dibenarkan kembali.

Thursday, November 21, 2019

HI-TEA AKHIR TAHUN 2019


Sesi persekolahan sudah hampir sampai ke penghujungnya. Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan telah menganjurkan satu Majlis Hi-Tea untuk meraikan dan mengenang jasa guru-guru dan kakitangan yang telah bertungkus-lumus sepanjang tahun 2019 ini.

Majlis tahun ini telah diadakan di Hype Hotel yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan yang dihadiri oleh semua guru dan kakitangan. Majlis diadakan pada 20 November 2019 (Rabu) dari pukul 2.30 petang hingga 5.00 petang. Ia telah dirasmikan oleh Pn. Siti Saadah binti Mukrim (Guru Besar).

Selepas selesai jamuan, acara penyampaian hadiah telah yang dipengerusikan oleh En. Mohd. Fadzli bin Mansor. Acara penyampaian hadiah ini adalah untuk menghargai usaha dan kerja buat guru-guru bagi menjayakan program dan aktiviti di dalam Unit HEM.

Selain daripada jamuan hi-tea, majlis ini juga diadakan sebagai majlis perpisahan buat Pn. Nicollete Anak Gabriel Puem yang akan berpindah ke negeri Sarawak pada tahun hadapan. Pihak sekolah berasa amat sedih di atas kehilangan seorang guru senior yang banyak pengalaman. Justerut itu, Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan telah menyedia dan menyerahkan hadiah cenderamata kepada beliau sebagai kenangan dari SK Bukit Tampoi (A).

Semoga Cikgu Nicollete berbahagia dan ceria bertugas di negeri kelahiran sendiri untuk menyemai bakti kepada anak bangsa sendiri. Di akhir majlis, beliau telah menyampaikan cenderamata buat semua guru dan kakitangan yang hadir sebagai tanda kenangan dan terima kasih daripada beliau.














Monday, October 14, 2019

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MINGGU PSS 2019


Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Minggu PSS 2019 telah diadakan pada 14 Oktober 2019 (Isnin). Majlis tersebut telah diadakan di tapak perhimpunan rasmi. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh PK Pentadbiran, PK Hal Ehwal Murid dan PK Kokurikulum.

Minggu PSS 2019 telah dijalankan dari 7 hingga 11 Oktober 2019. Semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 telah mengambil bahagian di dalam pertandingan yang diadakan. Di antara pertandingan yang dijalankan adalah seperti pertandingan mewarna, melukis, Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan lain-lain lagi.

Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan semua murid. Selain daripada mengadakan pertandingan murid-murid dapat belajar pelbagai kemahiran baharu bagi meningkatkan ilmu di dalam bidang yang berlainan daripada belajar di dalam bilik darjah. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.





Friday, June 16, 2017

GOTONG-ROYONG MENGEMAS PERALATAN IFTAR RAMADHAN 2017


Majlis Iftar Ramadhan 2017 telah dilaksanakan dengan jayanya semalam. Ramai para jemputan yang hadir memeriahkan majlis. Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin yang hadir. Pada hari ini, sekolah kami telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan peralatan sekolah yang telah digunakan dan menyusun semua peralatan yang telah dialihkan. 

Semua murid bekerjasama mengemas peralatan sekolah mengikut arahan yang diberikan oleh guru. Murid-murid lelaki diberi tugas untuk menyusun semula kerusi dan meja yang dialihkan yang digunakan sebagai dewan solat. Manakala murid-murid perempuan pula diarahkan untuk mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan.

Dengan kerjasama erat di antara guru dan murid, semua kerja yang berat menjadi lebih mudah. Suasana begini amat jarang kita lihat kini. Murid-murid kini lebih gemar tidak mengambil berat hal kebajikan di sekolah. Mereka memberi alasan ibu bapa tidak membenarkan mereka membuat kerja-kerja kebajikan seperti ini. 

Berlainan pula dengan negara jiran kita, Singapura. Mereka diasuh untuk membersihkan kelas mereka sendiri tanpa bantuan tukang cuci. Ini bagi memupuk semangat menjaga kebersihan tempat belajar agar bersih dan kondusif. Amalan seperti ini mendapat kerjasama yang baik daripada ibu bapa mahupun anak-anak mereka. Sikap seperti inilah harus dipupuk dalam diri semua murid di sekolah rendah lagi agar mereka tidak kekok untuk meneruskannya di rumah masing-masing.






Thursday, April 6, 2017

PROGRAM GOTONG-ROYONG PEMUAFAKATAN PIBG SKBKT(A) 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa SK Bukit Tampoi (A) dan PIBG akan mengadakan Program Gotong-Royong Pemuafakatan PIBG SKBKT(A) pada ketetapan berikut : -

Tarikh : 8 April 2017 (Sabtu)
Masa : 8.30 - 12.30 tengah hari
Tempat : SK Bukit Tampoi (A)

Sehubungan dengan itu, kami menjemput tuan/puan menyertai program ini untuk keceriaan sekolah dan demi masa depan anak-anak tuan/puan yang cemerlang. Kehadiran tuan/puan amat diharapkan untuk melicinkan program ini. Kerjasama daripada tuan/puan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Tuesday, January 3, 2017

SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2017 SUDAH BERMULA


Sesi persekolahan tahun 2017 bagi negeri-negeri Kumpulan B telah bermula pada hari ini. SK Bukit Tampoi (A) tidak ketinggalan merakamkan detik-detik sejarah tahun baru ini. Sesi persekolahan dimulai dengan perhimpunan yang diadakan di kantin sekolah kerana cuaca tidak mengizinkan untuk diadakan di dataran perhimpunan.


Perhimpunan telah dihadiri oleh semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Manakala murid prasekolah berkumpul di kelas bagi sesi taklimat kepada ibu bapa dan penjaga. Turut hadir dalam perhimpunan ini ialah Tok Batin dari KOA Bukit Tampoi. Ibu bapa murid juga hadir memberi sokongan moral kepada anak-anak mereka untuk hadir ke sekolah.


Bacaan doa


Lafaz ikrar Rukun Negara


Ucapan Guru Besar



Pada ibu bapa dan penjaga yang hadir