Majlis Iftar Ramadhan 2017 telah dilaksanakan dengan jayanya semalam. Ramai para jemputan yang hadir memeriahkan majlis. Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin yang hadir. Pada hari ini, sekolah kami telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan peralatan sekolah yang telah digunakan dan menyusun semua peralatan yang telah dialihkan.
Semua murid bekerjasama mengemas peralatan sekolah mengikut arahan yang diberikan oleh guru. Murid-murid lelaki diberi tugas untuk menyusun semula kerusi dan meja yang dialihkan yang digunakan sebagai dewan solat. Manakala murid-murid perempuan pula diarahkan untuk mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan.
Dengan kerjasama erat di antara guru dan murid, semua kerja yang berat menjadi lebih mudah. Suasana begini amat jarang kita lihat kini. Murid-murid kini lebih gemar tidak mengambil berat hal kebajikan di sekolah. Mereka memberi alasan ibu bapa tidak membenarkan mereka membuat kerja-kerja kebajikan seperti ini.
Berlainan pula dengan negara jiran kita, Singapura. Mereka diasuh untuk membersihkan kelas mereka sendiri tanpa bantuan tukang cuci. Ini bagi memupuk semangat menjaga kebersihan tempat belajar agar bersih dan kondusif. Amalan seperti ini mendapat kerjasama yang baik daripada ibu bapa mahupun anak-anak mereka. Sikap seperti inilah harus dipupuk dalam diri semua murid di sekolah rendah lagi agar mereka tidak kekok untuk meneruskannya di rumah masing-masing.
No comments:
Post a Comment