Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, June 16, 2017

PROGRAM MAJLIS IFTAR RAMADHAN 2017



Program Majlis Iftar Ramadhan 2017 adalah suatu aktiviti berbuka puasa di antara pegawai-pegawai pendidikan, guru-guru, pemimpin masyarakat, ibu bapa dan murid-murid. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah dilaksanakan pada 15 Jun 2017 (Khamis) di SK Bukit Tampoi (A) bermula pada pukul 6.00 petang hingga 8.00 malam.

Program ini dirasmikan oleh En. Shashim Shah bin Harun, Timbalan Pengarah JPN Selangor. Turut hadir adalah pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia, JPN Selangor, PPD Sepang dan pemimpin-pemimpin masyarakt setempat. Terima kasih diucapakan kepada para hadirin yang hadir bagi memeriahkan suasana majlis.

Pada majlis perasmian, para hadirin dihiburkan dengan tayangan multimedia yang menerangkan berkaitan sekolah yang diikuti dengan persembahan tilawah Al-Quran dan nasyid. Seterusnya ucapan oleh Guru Besar dan ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah JPN Selangor. Pada majlis tersebut Timbalan Pengarah turut menyampaikan sumbangan hamper kepada semua murid Islam. Manakala Tuan Haji Khairi bin Bidin, Pegawai PPD Sepang turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada murid-murid yang sama.

Di akhir majlis, para hadirin dijamu dengan aktiviti berbuka puasa beramai-ramai. Selepas selesai berbuka, para hadirin yang beragama Islam telah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di dewan solat. Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan kerana majlis berjalan dengan baik dan lancar. Terima kasih di atas kesudian para tetamu kerana sudi datang berkunjung ke sekolah kami. Kami berharap agar tuan-tuan dapat menerima keadaan sekolah kami seadanya. 

Kepada para penyumbang kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih kerana sudi menghulurkan sumbangan kepada yang berupa hamper dan suit raya kepada murid-murid Islam di sekolah kami. Semoga tuan-tuan diberi rezeki yang melimpah ruah dan diredhai Ilahi.


Latar Pentas


Sumbangan hamper



Pendaftaran


Pengacara Majlis


Pembaca Doa


Ucapan Guru Besar


Ucapan Perasmian
En. ShaShim Shah bin Harun
(Timbalan Pengarah JPN Selangor)


Penyampaian Duit Raya oleh
Pegawai PPD Sepang


Penyampaian Hamper oleh
Timbalan Pengarah


Para Tetamu VIP


Para Hadirin


Tilawah Al-Quran


Persembahan Nasyid

No comments:

Post a Comment