Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, June 16, 2017

PERTUKARAN SETARA GURU BESAR


 Menerima watikah pelantikan daripada Tuan Pengarah JPN Selangor


En. Mohd. Rahman bin Rabingan telah bertugas di SK Bukit Tampoi (A) sejak dari 2012 sehingga 2017 sebagai Guru Besar. Beliau ialah seorang guru besar yang berdedikasi dengan tugasnya. Banyak ilmu yang beliau curahkan terutamanya berkaitan masyarakat Orang Asli di sini. Tanya sahaja soalan berkaitan masyarakat Orang Asli beliau akan bercerita panjang lebar dengan jelas.

Banyak pembaharuan yang beliau buat ketika berada di sini. Antaranya adalah aktiviti Gogorama, aktiviti kokurikulum waktu pagi, program jom bahagheh dan banyak lagi. Semua aktiviti ini dibuat bagi meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah. Selain daripada itu, beliau juga banyak memberi buah fikiran yang bernas dalam kurikulum seperti Program Mini Asrama dan Program Intervensi LINUS. Ini dilakukan untuk meningkatkan bilangan penguasaan murid dalam Literasi dan Numerasi.

Kini beliau diarahkan untuk berpindah dan mencurahkan ilmu di sekolah lain pula. SK Bukit Tampoi (A) telah kehilangan permata yang sangat berharga. Walaupun masih banyak program yang dirancang untuk dilaksanakan tetapi arahan daripada pihak atasan perlu dipatuhi. Perancangan program yang masih belum terlaksana akan diteruskan oleh guru besar baharu kelak. Semoga cikgu berjaya di sekolah baharu demi pembangunan modal insan di sana pula. Sampai kita berjumpa lagi.



No comments:

Post a Comment