Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Wednesday, June 21, 2017

PROGRAM SATU JAM BERSAMA AL-QURAN 2017


Program Satu Jam Bersama Al-Quran telah dijalankan pada 20 Jun 2017 (Selasa) di Bilik Pendidikan Islam, SK Bukit Tampoi (A). Program ini dijalankan di seluruh negara secara serentak. Justeru itu, Panitia Pendidikan Islam telah mengambil kesempatan ini untuk menyahut seruan untuk bersama-sama menganjurkan program ini.



Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk membudayakan amalan membaca Al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam setiap masa. Amalan seperti ini mesti diteruskan terutamanya selepas bulan Ramadhan. Ini adalah kerana membaca Al-Quran bukan sahaja memberi pengajaran kepada umat manusia malah kita juga akan mendapat kebaikan di akhirat kelak.



Semua murid Islam serta guru-guru yang berkelapangan telah menyertai program ini. Program ini dipimpin oleh Ustaz Anwar bin Mohd. Salleh dengan membaca surah-surah lazim. Syabas kepada semua murid dan guru yang terlibat di dalam menjayakan program ini. Semoga mereka mendapat kebaikan di dunia dan akhirat hendaknya.



No comments:

Post a Comment