Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Wednesday, June 21, 2017

PROGRAM IKATAN KASIH RAMADHAN 2017


Program Ikatan Kasih Ramadhan (IKRAM) 2017 adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam, PPD Sepang. Program ini telah dijalankan selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 Jun 2017 bertempat di Masjid KLIA, Sepang.


Panitia Pendidikan Islam, SK Bukit Tampoi (A) telah menghantar seramai 25 orang murid Islam untuk menyertai program tersebut. Pihak sekolah juga turut menghantar 3 orang guru pengiring sebagai pembantu kepada urusetia program berkenaan.


Antara aktiviti yang menarik di dalam program ini adalah pembelian baju raya dan pemberian duit raya daripada para penyumbang warga PPD Sepang. Selain daripada itu, mereka juga didedahkan dengan aktiviti kerohanian seperti membaca Al-Quran, solat sunat, majlis berbuka puasa, solat berjemaah, qiamullail,  dan pelbagai aktiviti yang boleh melahirkan modal insan yang cemerlang.



Majlis penutupan Program Ikram ini telah diadakan pada hari terakhir program iaitu pada 21 Jun 2017 (Rabu). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pegawai PPD Sepang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa penganjur kerana telah berjaya menjalankan program ini dengan jayanya.


No comments:

Post a Comment