Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label Pentadbir. Show all posts
Showing posts with label Pentadbir. Show all posts

Friday, July 21, 2017

PROGRAM KEMAHIRAN COACHING PdPc 2017


Program Kemahiran Coachinng PdPc adalah sebuah program yang diadakan untuk membantu para pentadbir sekolah dalam memberi penilaian PdPc kepada guru-guru di bawah seliaan masing-masing. Fasilitator yang telah memberikan tunjuk ajar kepada pentadbir terdiri daripada pegawai-pegawai SIP dan SICS+ PPD Sepang.

Para pentadbir telah diberi tunjuk ajar tentang pemberian markah penilaian PdPc bersama dengan SISC+. Selepas pemantauan pdpc, semua pentadbir telah berbincang dengan pegawai SISC+ masing-masing untuk memberikan justifikasi masing-masing. Perubahan dalam pemberian markah penilaian perlu disertakan dengan eviden melalui pemantauan, pemerhatian dan lain-lain.

Selain daripada itu, para pentadbir juga didedahkan dengan kaedah bimbingan profesional menggunakan kaedah GROWTH. Kaedah tersebut telah disimulasikan oleh En. Muhammad Nor dengan Pn. Nurmala. Melalui kaedah ini, pentadbir boleh mendapatkan maklumat penting demi membantu guru meningkatkan pencapaian kerjaya mereka.

Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai SIP dan SISC+ kerana sudi datang ke sekolah kami untuk membimbing para pentadbir memberi penilaian yang telus dan berintegriti demi kepentingan pencapaian murid dan kecemerlangan guru.








Friday, June 16, 2017

PERTUKARAN SETARA GURU BESAR


 Menerima watikah pelantikan daripada Tuan Pengarah JPN Selangor


En. Mohd. Rahman bin Rabingan telah bertugas di SK Bukit Tampoi (A) sejak dari 2012 sehingga 2017 sebagai Guru Besar. Beliau ialah seorang guru besar yang berdedikasi dengan tugasnya. Banyak ilmu yang beliau curahkan terutamanya berkaitan masyarakat Orang Asli di sini. Tanya sahaja soalan berkaitan masyarakat Orang Asli beliau akan bercerita panjang lebar dengan jelas.

Banyak pembaharuan yang beliau buat ketika berada di sini. Antaranya adalah aktiviti Gogorama, aktiviti kokurikulum waktu pagi, program jom bahagheh dan banyak lagi. Semua aktiviti ini dibuat bagi meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah. Selain daripada itu, beliau juga banyak memberi buah fikiran yang bernas dalam kurikulum seperti Program Mini Asrama dan Program Intervensi LINUS. Ini dilakukan untuk meningkatkan bilangan penguasaan murid dalam Literasi dan Numerasi.

Kini beliau diarahkan untuk berpindah dan mencurahkan ilmu di sekolah lain pula. SK Bukit Tampoi (A) telah kehilangan permata yang sangat berharga. Walaupun masih banyak program yang dirancang untuk dilaksanakan tetapi arahan daripada pihak atasan perlu dipatuhi. Perancangan program yang masih belum terlaksana akan diteruskan oleh guru besar baharu kelak. Semoga cikgu berjaya di sekolah baharu demi pembangunan modal insan di sana pula. Sampai kita berjumpa lagi.



Thursday, May 12, 2016

PERBINCANGAN PROFESIONAL BERSAMA PENSYARAH ELTC

Program 1M4U yang bakal berlangsung di SK Bukit Tampoi (Asli) pada 25 Mei 2016 ini turut disertai oleh 10 orang pensyarah dari English Language Teaching Centre (ELTC) yang terletak di Bandar Enstek, Nilai. Mereka diundang oleh Puspanita KPM untuk mengendalikan aktiviti Fun Learning yang akan berlangsung pada hari tersebut. 

Kedatangan mereka pada hari ini adalah untuk membincangkan dengan pihak pengurusan sekolah dan beberapa orang guru cara aktiviti ini bakal dijalankan. Di samping itu juga mereka dapat bersuai kenal dengan guru-guru Bahasa Inggeris dan para pentadbir sekolah. Mereka yang datang ialah Pn. Hjh. Kamariah binti Hj. Samsudin dan Pn. Ezatul Hanizam binti Mohd. Fauzi.


PRA GOTONG-ROYONG PROGRAM 1M4U 2016

Sempena pelaksanaan Program 1M4U yang di selaraskan oleh Puspanita KPM dengan kerjasama SK Bukit Tampoi (A), guru-guru penolong kanannya telah mengambil inisiatif untuk melukis tapak perhimpunan dengan kotak-kotak garisan bagi memudahkan murid semasa beratur. Terima kasih kepada En. Azman Shah bin Mohd. Yunus (GPK Pentadbiran), Pn. Noor Adida Tun Salwa binti Omar (GPK HEM) dan En. Mohd. Fadzli bin Mansor (GPK Kokurikulum).

Monday, May 9, 2016

OPERASI BURUNG HANTU 2016

Operasi Burung Hantu merupakan operasi penyeliaan kepada pengawal keselamatan syarikat keselamatan bagi semua sekolah di daerah Sepang. Pada kali ini, operasi telah dijalankan pada 8 Mei 2016 (Ahad) jam 9.30 malam di semua sekolah daerah Sepang secara serentak. Operasi yang dilakukan oleh semua Guru Penolong Kanan yang diketuai oleh Guru Besar telah hadir ke sekolah bagi memantau semua terma-terma perjanjian konsesi dipatuhi oleh syarikat keselamatan terbabit.

Selain daripada itu, semua pentadbir telah memantau buku rekod keselamatan, jadual bertugas, melakukan clocking, meronda kawasan sekolah bersama-sama pengawal keselamatan yang bertugas. Segala aspek keselamatan yang melibatkan harta benda sekolah telah berjaya dipantau dan ditulis dalam laporan pemantauan keselamatan Operasi Burung Hantu 2016. Laporan tersebut telah dihantar kepada wakil PPD Sepang yang turut hadir melakukan pemantauan tersebut.