Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, May 9, 2016

OPERASI BURUNG HANTU 2016

Operasi Burung Hantu merupakan operasi penyeliaan kepada pengawal keselamatan syarikat keselamatan bagi semua sekolah di daerah Sepang. Pada kali ini, operasi telah dijalankan pada 8 Mei 2016 (Ahad) jam 9.30 malam di semua sekolah daerah Sepang secara serentak. Operasi yang dilakukan oleh semua Guru Penolong Kanan yang diketuai oleh Guru Besar telah hadir ke sekolah bagi memantau semua terma-terma perjanjian konsesi dipatuhi oleh syarikat keselamatan terbabit.

Selain daripada itu, semua pentadbir telah memantau buku rekod keselamatan, jadual bertugas, melakukan clocking, meronda kawasan sekolah bersama-sama pengawal keselamatan yang bertugas. Segala aspek keselamatan yang melibatkan harta benda sekolah telah berjaya dipantau dan ditulis dalam laporan pemantauan keselamatan Operasi Burung Hantu 2016. Laporan tersebut telah dihantar kepada wakil PPD Sepang yang turut hadir melakukan pemantauan tersebut.

No comments:

Post a Comment