Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, May 9, 2016

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM IM4U 2016

Mesyuarat Penyelarasan Program IM4U telah berlangsung di Pusat Sumber, SK Bukit Tampoi (Asli) pada 5 Mei 2016 jam 2.30 petang. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Jawatankuasa Puspanita Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), wakil PPD Sepang, Guru Besar, para pentadbir dan beberapa orang guru SK Bukit Tampoi (Asli). 

Agenda mesyuarat ini adalah untuk membincangkan persediaan pihak sekolah berkaitan proses menaik taraf pusat sumber dan bilik Pendidikan Islam. Ini merupakan program kemasyarakatan warga KPM dengan warga sekolah dan komuniti setempat yang diselaraskan oleh Puspanita KPM.

Acara kemuncaknya akan diadakan pada 25 Mei 2016 (Rabu) yang akan disempurnakan oleh Datin Seri Noraini bt. Abdullah, isteri Menteri Pendidikan Malaysia. Justeru itu, kami telah menjemput seramai 530 orang tetamu untuk memeriahkan majlis. Antara yang dijemput adalah ahli-ahli jawatankuasa Puspanita KPM, pegawai JPN Selangor dan PPD Sepang, Guru Muda 1 Malaysia (GM1M), pegawai Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA), Tok-tok Batin, Pensyarah ELTC, Pegawai Kesihatan PKD Sepang, guru-guru, ibu bapa-ibu bapa dan murid-murid SK Bukit Tampoi (Asli).

Terdapat beberapa aktiviti-aktiviti yang dirancang seperti senamrobik, fun learning, ceramah keibubapaan, rawatan kesihatan, gotong-royong pusat sumber dan bilik Pendidikan Islam. Acara kemuncak pada hari tersebut adalah acara perasmian oleh VVIP dan upacara menyampaikan hadiah.

No comments:

Post a Comment