Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, August 7, 2017

PROGRAM MINGGU PUSAT SUMBER 2017


Minggu Pusat Sumber 2017 telah dilancarkan dengan rasminya oleh Guru Besar, SK Bukit Tampoi (A) pada perhimpunan rasmi pagi tadi. Majlis perasmian telah dipengerusikan oleh Guru Pusat Sumber Sekolah (PSS). Tahun ini Minggu Pusat Sumber telah berkolaborasi dengan beberapa buah panitia seperti Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Matematik.

Program ini berlangsung selama seminggu bermula pada 7 Ogos 2017 sehingga 11 Ogos 2017. Semua pertandingan akan dijalankan mengikut waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mengambil bahagian.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diatur sepanjang program ini berlangsung. Antara aktiviti yang bakal dipertandingkan adalah pertandingan ejaan, Spell It Right, Make It Correct, Kuiz Bahasa, Matematik, mewarna, mencipta dialog, Tampoi Race dan persembahan murid.

Semua aktiviti yang dipertandingkan disediakan hadiah-hadiah yang menarik. Diharapkan agar murid-murid mengambil peluang ini untuk menyertai setiap pertandingan yang ditawarkan. Luahkan bakat-bakat terpendam ke dalam pertandingan yang disertai. Anak murid SK Bukit Tampoi (A) sememangnya berbakat.


Pengacara Majlis



Ucapan Perasmian



Gimik Perasmian


Perasmian Guru Besar


No comments:

Post a Comment