Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label Pemantauan. Show all posts
Showing posts with label Pemantauan. Show all posts

Wednesday, April 12, 2023

PEMANTAUAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2023

 

Pemantauan Program Transisi Tahun 1 bagi sesi 2023 telah dilakukan oleh Tn. Hj. Zaidi bin Choremi (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah) daripada Unit Pendidikan Khas, PPD Sepang. Beliau hadir bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan Program Transisi ini dapat membantu murid Tahun 1 khususnya menyesuaikan diri dengan pembelajaran di sekolah.

Hasil pemantauan tersebut mendapat bahawa murid-muri di sekolah ini berjaya menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dan rakan-rakan baharu. Mereka seronok untuk datang ke sekolah berjumpa dengan rakan-rakan yang lain. Kehadiran murid-murid Tahun 1 juga amat memberangsangkan kerana melebihi 80%.

Program Transisi Tahun 1 ini amat baik untuk murid-murid khususnya buat mereka yang baru memasuki alam persekolahan formal. Justeru itu, program ini wajar diteruskan agar murid-murid mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rakan-rakan baharu. Di samping dapat meluaskan pengalaman dengan bercampur-gaul dengan murid-murid lain yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

Thursday, October 20, 2022

KUNJUNG BANTU PROJEK 1D5MS+ SELANGOR 2022

Kunjung Bantu  Projek 1D5MS+ Selangor telah diadakan pada 19 Oktober 2022 (Rabu). Seramai tiga orang pegawai daripada PPD Petaling Utama, PPD Petaling Perdana dan PPD Sepang. Mereka adalah Pn. Hanisah binti Mohd Ali (SIP+ PPD Petaling Utama), Dr. Elenchothy a/p Davrajoo (SISC+ PPD Petaling Perdana) dan Tuan Haji Mohd Rosli bin Ahmad (Pegawai Meja TS25 PPD Sepang).

Kunjungan mereka ke SK Bukit Tampoi (A) adalah untuk melihat dan membuat penarafan terhadap Program TS25. Ini adalah sebahagian daripada Projek 1 Daerah 5 Model Sekolah Plus (1D5MS+) negeri Selangor. Kunjung bantu ini melibatkan tiga hari iaitu sesi pembentangan Guru Besar pada 18 Oktober (Selasa) di Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya, sesi kunjung bantu pada 19 Oktober 2022 (Rabu) di SK Bukit Tampoi (A) dan sesi verifikasi data pada 20 Oktober 2022 (Khamis) di MMU Cyberjaya.

Kunjungan di SK Bukit Tampoi (A) dimulai dengan Tarian Sewang iaitu tarian tradisional masyarakat Orang Asli diikuti dengan taklimat berkaitan sekolah yang disampaikan oleh En. Mohd Fadzli bin Mansor (Guru Besar) di Pusat Sumber Sekolah (PSS). Kemudian pada pegawai dibawa berkunjung ke prasekolah untuk melihat murid prasekolah bercerita tentang jenis-jenis haiwan menggunakan diorama.

Seterusnya, mereka dibawa berkunjung ke Tahun 4 untuk menyaksikan pembentangan yang disampaikan oleh murid-murid berkaitan pembinaan model menggunakan bentuk 2D dan 3D di dalam bilik darjah. Kemudian, mereka dibawa ke bilik pemulihan untuk melihat murid-murid pemulihan belajar menggunakan teknik nyanyian dan ketukan semasa menyebut suka kata terbuka.

Semasa para pelawat menuju ke kelas Tahun 3, mereka sempat singgah di lorong SK Bukit Tampoi (A) untuk melihat gambar-gambar aktiviti dan pencapaian murid-murid dalam bidang Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Pencapaian semasa murid-murid di sini adalah dalam bidang sukan di mana mereka telah berjaya memperoleh 4 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa dalam Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang Asli (KSSMOA) peringkat negeri Selangor yang telah diadakan di Hulu Selangor.

Ketika berada di kelas Tahun 3, mereka dihidangkan dengan persembahan murid yang menyampaikan nyanyian dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Murid-murid menyampaikan nyanyian dengan penuh semangat dan keyakinan yang tinggi. Teknik nyanyian banyak digunakan oleh guru-guru di sini untuk menyampaikan pembelajaran kepada murid-murid kerana ia mudah, menarik dan cepat untuk dikuasai oleh murid-murid.

Berikutnya, para pelawat dibawa berkunjung ke makmal Sains untuk menyaksikan demonstrasi masakan yang dilakukan oleh murid-murid Tahun 5. Menu masakan yang dihidangkan adalah sandwich sardin dan sandwich telur. Murid-murid turut memberikan penjelasan semasa memasak sardin dengan jelas dan teratur. Para pelawat turut dijamu dengan hasil air tangan murid-murid tersebut.

Kemudian, para pelawat dibawa pula berkunjung ke belakang makmal Sains untuk mendengar dan melihat penjelasan murid-murid tentang tanaman urban yang telah dihasilkan mereka. Tanaman urban atau tanaman bandar ini dihasilkan memalui dua kaedah iaitu kaedah aquaponik dan hidroponik. Tanaman yang dihasilkan pula adalah tanaman sayuran berdaun seperti sayur kangkung.

Seterusnya, para pelawat dibawa pula melawat Bilik Seni di mana murid-murid Tahun 1 berada. Mereka telah membentangkan hasil kerja mereka dengan memberikan penjelasan kepada pelawat yang hadir. Kunjungan diteruskan ke Bilik Komputer untuk menyaksikan persembahan murid-murid menghasilkan robotik. Kit Robotik ini disumbangkan oleh Sasbadi dan Yayasan MyKasih untuk kegunaan murid-murid di sekolah ini. Guru-guru juga diberi tunjuk ajar cara menggunakan kit robotik tersebut.

Pada akhir lawatan, para pelawat dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk melihat dan meneliti fail-fail yang berkaitan dengan Program TS25. Mereka turut bersoal jawab dengan guru besar dan penolong kanan tentang kandungan fail yang diberikan. Walaupun banyak kriteria kandungan fail yang diberikan namun masih ada penambahbaikan yang perlu dikemaskini. Semoga dengan kunjungan ini dapat menjadikan SK Bukit Tampoi (A) sebuah sekolah yang boleh menjadi role model bagi sekolah TS25 yang lain.
   

Monday, August 8, 2022

KUNJUNG BANTU PEMERKASAAN KEHADIRAN MURID ORANG ASLI DAN KEPIMPINAN SEKOLAH TAHUN 2022


Kunjung Bantu Pemerkasaan Kehadiran Murid Orang Asli Dan Kepimpinan Sekolah Tahun 2022 telah dilaksanakan oleh En. Shaiful Kahar bin Ahmad (Pegawai JPN Selangor) dan En. Rosli bin Ahmad (PPD Sepang). Tujuan pemantauan adalah untuk meninjau tahap kehadiran murid Orang Asli ke sekolah dan amalan terbaik yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan peratus kehadiran murid.

Hasil kunjung bantu mendapati aktiviti senamrobik di sekolah membentuk iklim sekolah yang positif dengan persekitaran yang bersih. Selain daripada itu, sekolah ini juga telah melaksanakan projek aquaponik yang diusahakan oleh murid-murid di sekolah ini.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah kerana sudi membantu sekolah untuk meningkatkan kualiti sekolah agar dapat menarik kehadiran murid ke sekolah.

Monday, March 21, 2022

PEMANTAUAN PEMBUKAAN SEKOLAH PPS DAN PPD SEPANG TAHUN 2022


Sesi persekolahan tahun 2022/2023 telah bermula pada 21 Mac 2022 (Isnin). Semua murid SK Bukit Tampoi (A) perlu hadir ke sekolah seperti biasa kerana tiada penggiliran bagi sekolah yang mempunyai jumlah murid kurang daripada 600 orang.

Pada hari pertama ini, sekolah ini telah dipantau oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang terdiri daripada 2 orang pegawai polis dari Balai Polis Dengkil iaitu Kpl Hairul dan Kpl Andalus. Tugas PPS adalah untuk memastikan pihak sekolah mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Turut sama melakukan pemantauan adalah Pegawai PPD Sepang iaitu En. Rosli bin Ahmad. Beliau ditugaskan untuk memantau perjalanan pembukaan sesi persekolahan bagi pihak PPD Sepang. Pihak sekolah amat mengalu-alukan pemantauan daripada PPS dan PPD Sepang sebagai sebahagian daripada jalinan dan jaringan sekolah dengan pemegang taruh dan agensi kerajaan lain.

Friday, January 14, 2022

PEMANTAUAN KPM PERKASAKU 2021

 


Pemantauan KPM Perkasaku telah dilakukan secara mengejut oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Kedatangan mereka adalah untuk memastikan KPM Perkasaku dijalankan di sekolah-sekolah negeri Selangor.

Perkara yang diberi fokus berkaitan KPM Perkasaku adalah Catch Up Plan. Pemantauan dijalankan secara learning walk di sekitar kawasan sekolah. Mereka juga turut masuk ke dalam kelas untuk bertanya khabar murid-murid dan menggalakkan murid-murid untuk mengajak rakan-rakan agar hadir ke sekolah.

Pegawai JPN juga telah memanggil beberapa orang guru untuk soal selidik tentang pelaksanaan Catch Up Plan yang telah dirancang dan dilaksanakan di dalam kelas. Sejurus selesai, mereka sekali lagi di bawa melawat kawasan pertanian urban SK Bukit Tampoi (A). Mereka sangat kagum dengan hasil pertanian yang telah diusahakan di sekolah ini melalui Program TS25.

Terima kasih diucapkan kepada pegawai-pegawai JPN yang hadir untuk membantu sekolah memastikan pelaksanaan Catch Up Plan dilaksanakan dengan cara yang betul. Semoga bimbingan seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Wednesday, March 3, 2021

PEMANTAUAN SOP & KESELAMATAN SEKOLAH 2021

Pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Keselamatan telah dilakukan oleh Dato' Dr. Haji Mohd Kassim bin Mohd Ibrahim (Timbalan Pengarah Kanan - Kluster Khidmat Latihan) dan Tuan Haji Nik Mohd Fakhruddin bin Nik Ab. Rahman (Ketua Pusat) dari Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek, Nilai.

Tujuan pemantauan adalah untuk memastikan pelaksanaan pembukaan sekolah telah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Hasil pemantauan yang telah dilakukan mendapati pihak sekolah telah mematuhi SOP yang telah ditetapkan dengan mengambil suhu murid sebelum memasuki kawasan sekolah dengan memakai penutup separuh muka dan mengamalkan penjarakan sosial di dalam bilik darjah dan ketika berada di kawasan sekolah.

Sunday, March 10, 2019

PEMANTAUAN PROGRAM PENDIDIKAN DADAH 2019


Pemantauan Program Pendidikan Dadah (PPDa) telah dijalankan di SK Bukit Tampoi (A) bagi tahun 2019. Pemantauan telah dilaksanakan oleh 2 orang pegawai yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. 

Mereka telah memantau pelaksanaan PPDa bagi tahun 2018 dan 2019 berdasarkan instrumen pemantauan. Antara perkara yang dipantau adalah Bilik/Lorong/Sudut PPDa, pelaksanaan Program 5 Minit, Bimbingan PPDa dan fail PPDa.

Sejurus selepas pemantauan selesai dijalankan, mereka telah bertemu dengan GPK Hal Ehwal Murid dan Penyelaras PPDa untuk menyampaikan maklum balas yang diperoleh daripada hasil pemantauan tersebut. Secara keseluruhannya, prestasi pemantauan pada tahun ini adalah cemerlang.



Wednesday, April 25, 2018

PROGRAM KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC) LINUS2.0 LITERASI BAHASA MELAYU TAHUN 2018


Program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) Linus2.0 bagi Literasi Bahasa Melayu telah diadakan di SK Bukit Tampoi (A) pada 24 April 2018 (Selasa). Sepasukan pemantau di peringkat PPD Sepang yang terdiri daripada Pegawai FasiLINUS, Pegawai-pegara SISC+ dan Jurulatih Utama FasiLINUS telah hadir ke sekolah untuk membuat pemantauan terhadap proses pengajaran pembelajaran dan komunikasi (PdPc).


Pemantauan PdPc yang dilakukan telah dibuat terhadap En. Mohd. Firdaus Ayak bin Abdullah yang mengajar Bahasa Melayu Tahun 2 Mawar. Tujuan pemantauan adalah untuk membantu memantapkan lagi proses PdPc untuk mencapai piawaian yang ditetapkan oleh Nazir KPM.


Dengan adanya pemantauan yang berkala daripada pihak PPD mutu pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Manakala murid yang mengikuti pembelajaran ini juga akan berjaya menerima ilmu yang disampaikan dengan lebih mudah.

Tuesday, February 13, 2018

PEMANTAUAN UNIT ICT 2018


Pemantauan Unit ICT telah dilakukan ke atas pengurusan dan penyelenggaraan peralatan teknologi maklumat. Fokus pemantauan adalah perolehan komputer peribadi (PC) di Pusat Akses dan Bilik Komputer serta VLE Frog.


Pemantauan ini telah diketuai oleh 2 orang pegawai dari BTP Selangor, 1 orang dari PPD Sepang dan 1 orang dari PKG Salak. Kedatangan mereka telah diiringi oleh Penyelaras Bestari bagi membantu pegawai pemantau memeriksaan perkakasan TMK.


Pemantauan yang bermula pada pukul 10.30 pagi telah berakhir pada pukul 1.00 tengah hari. Terima kasih diucapkan kepada para pegawai pemantau yang sudi datang membantu kami menambahbaik pengurusan dan penyelenggaran peralatan teknologi maklumat di sekolah kami. Semoga dengan kehadiran tuan dapat meningkatkan sistem pengurusan dan penyelenggaraan yang sedia ada agar lebih baik dan cemerlang.