Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, August 8, 2022

KUNJUNG BANTU PEMERKASAAN KEHADIRAN MURID ORANG ASLI DAN KEPIMPINAN SEKOLAH TAHUN 2022


Kunjung Bantu Pemerkasaan Kehadiran Murid Orang Asli Dan Kepimpinan Sekolah Tahun 2022 telah dilaksanakan oleh En. Shaiful Kahar bin Ahmad (Pegawai JPN Selangor) dan En. Rosli bin Ahmad (PPD Sepang). Tujuan pemantauan adalah untuk meninjau tahap kehadiran murid Orang Asli ke sekolah dan amalan terbaik yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan peratus kehadiran murid.

Hasil kunjung bantu mendapati aktiviti senamrobik di sekolah membentuk iklim sekolah yang positif dengan persekitaran yang bersih. Selain daripada itu, sekolah ini juga telah melaksanakan projek aquaponik yang diusahakan oleh murid-murid di sekolah ini.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah kerana sudi membantu sekolah untuk meningkatkan kualiti sekolah agar dapat menarik kehadiran murid ke sekolah.

No comments:

Post a Comment