Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Saturday, August 27, 2022

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PROGRAM SOKONGAN DIDIKAN EDRA TAHUN 2022

 
Program Sokongan Didikan Edra bagi tahun 2022 telah laksanakan pada 24 Ogos 2022 (Rabu). Edra merupakan sebuah syarikat tenaga yang mempunyai banyak anak syarikat di Malaysia. Salah sebuah anak syarikatnya ialah Kuala Langat Power Plant Sdn. Bhd. yang terletak di Banting.

Kerjasama Edra dengan SK Bukit Tampoi (A) adalah kerjasama yang utuh semenjak sebelum pandemik lagi. Sumbangan yang paling besar Edra kepada SK Bukit Tampoi (A) ialah dengan memberikan sumbangan kepada PIBG SKBT(A) dan kepada murid-murid khususnya murid Tahun 5 yang akan melangkah ke Tahun 6.

Sumbangan pada tahun ini adalah sumbangan bagi tahun lepas yang tidak dapat dilaksanakan kerana pandemik dan larangan untuk mengadakan sebarang majlis di sekolah. Setelah pihak sekolah mendapat kebenaran untuk mengadakan majlis di sekolah, maka pihak Edra terus menghubungi pihak sekolah untuk meneruskan sumbangannya kepada sekolah.

Sumbangan yang telah disampaikan ini merupakan sebuah beg sekolah dan baucer Bata sebanyak RM120 bagi setiap murid Tahun 6 yang telah diberikan pada hari berkenaan. Terima kasih diucapkan kepada Edra kerana masih meneruskan sumbangan khidmat bakti kepada SK Bukit Tampoi (A) pada tahun ini. Semoga syarikat Edra akan bertambah maju dan berkembang pada tahun akan datang.


No comments:

Post a Comment