Program Lawatan Sekolah Bimbingan Lesson Studies (WALS) 2022 telah diadakan di SK Bukit Tampoi (A) selama 2 hari. Program ini bermula dari 10 dan 11 Ogos 2022 yang telah dihadiri oleh 62 orang pemerhati dari Malaysia dan Indonesia.
Pemerhati dari Malaysia terdiri daripada Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kolej Matrikulasi Selangor, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, PPD Sepang, PPD Seremban, SM Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Seksyen 17, SK Presint 5(1) Putrajaya dan SK Bukit Tampoi (A), Dengkil.
Manakala pemerhati dari Indonesia terdiri daripada Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), SD Islam Terpadu Nur Al Rahman dan SMP Negeri 1 Cimahi. Delegasi dari Indonesia ini diterbangkan khas untuk turut serta dalam Program Lesson Studies WALS ini.
Pada hari pertama iaitu pada 10 Ogos 2022 (Selasa), para pemerhati ditempatkan di makmal sains SK Bukit Tampoi (A) untuk majlis perasmian dan suai kenal. Seterusnya para peserta diberi penerangan daripada Dr. Arif Hidayat dari Universitas Pendidikan Indonesia. Beliau telah membincangkan berkaitan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) guru model. Para peserta turut serta secara langsung dalam perbincangan tersebut.
Hasilnya, pelbagai idea dicapahkan untuk disesuaikan ke dalam RPH guru model. Guru model pula diberi kebebasan untuk memilih idea yang difikirkan sesuai untuk digunakan dalam PdP bagi anak murid di sekolah ini. Setelah selesai, para peserta mengambil peluang untuk bergambar kenangan di SK Bukit Tampoi (A) sambil melihat persekitaran sekolah. Semoga semuanya berjalan lancar buat hari esok. #jomstings #jombantu
No comments:
Post a Comment