Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, August 15, 2022

PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2022

 
Pelancaran Bulan Kebangsaan peringkat SK Bukit Tampoi (A) telah dilancarkan pada 15 Ogos 2022 (Isnin) yang dirasmikan oleh Pn. Noresah binti Sapari (GPK Pentadbiran). Tema Bulan Kebangsaan pada tahun ini adalah #Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Acara buka kotak misteri merupakan gimik perasmian Bulan Kebangsaan pada kali ini yang juga dirasmikan oleh GPK Pentadbiran yang disaksikan oleh guru-guru dan murid-murid SK Bukit Tampoi (A). Selain daripada itu, Siti Ariana selaku Ketua Murid telah mengetuai bacaan ikrar kemerdekaan. Kemudian ketua kelas mewakili kelas masing-masing untuk menerima sehelai Jalur Gemilang untuk dikibarkan di dalam kelas.

Sejurus selepas acara perasmian, semua warga sekolah telah bersama-sama menyanyikan lagi patriotik iaitu lagu tema dan lahu Tanggal 31. Sambutan yang cukup meriah ini diharapkan dapat membangkitkan semangat patriotisme di dalam diri dan jiwa warganegara Malaysia.

No comments:

Post a Comment