Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label Tahun 1. Show all posts
Showing posts with label Tahun 1. Show all posts

Saturday, April 6, 2024

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2024/2025

Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1 Sesi 2024/2025 telah diadakan pada 5 April 2024 (Jumaat) di makmal komputer SK Bukit Tampoi (A). Majlis telah dirasmikan oleh En. Mohd Fadzli bin Mansor, Guru Besar SK Bukit Tampoi (A). Turut hadir pada majlis tersebut adalah semua guru penolong kanan.

Seramai 27 orang murid telah berjaya mengikuti program tersebut dengan jayanya. Program yang terbahagi kepada 2 fasa iaitu fasa penyesuaian dan fasas kesediaan selama 4 minggu. Program ini telah bermula dari 11 Mac hingga 5 April 2024.

Tahniah kepada Jawatankuasa Program Transisi Tahun 1 yang telah berjaya merancang dan melaksanakan program ini dengan baik dan tersusun. Terima kasih juga kepada semua guru yang mengajar Tahun 1 di atas kerjasama yang diberikan di sepanjang program ini berlangsung. Semoga kita dapat mendidik anak-anak ini menjadi modal insan yang cemerlang.

Thursday, April 4, 2024

PEMANTAUAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2024/2025

 

Pemantuan Program Transisi Tahun 1 Sesi 2024/2025 telah dilakukan oleh Tn. Hj. Zaidi bin Cheromi (Penolong Pegawai PPD) daripada Sektor Pembelajaran PPD Sepang. Beliau telah hadir pada 2 April 2024 (Selasa). Turut hadir semasa pemantauan tersebut adalah Guru Besar, GPK Pentadbiran dan Guru Kelas Tahun 1.

Pemantauan yang dibuat adalah berkaitan tentang perjalanan Program Transisi Tahun 1 yang sedang berjalan di sekolah dari 11 Mac 2024 hingga 5 April 2024. Program ini meliputi dua fasa iaitu fasa penyesuaian dan fasa kesediaan. Fasa penyesuaian dilaksanakan selama 2 mingu dari 11 hingga 22 Mac 2024 manakala fasa kesediaan dilaksanakan selama 2 minggu dari 25 Mac hingga 5 April 2024.

Selain daripada itu, pemantauan juga merangkumi penilaian Anugerah Program Transisi Tahun 1 terbaik di peringkat PPD Sepang. Secara keseluruhannya, penilaian program pada tahun ini adalah baik. Cuma kurang dari aspek inovasi sahaja yang perlu ditambahbaik pada masa akan datang.

Terima kasih kepada PPD Sepang kerana membantu pihak sekolah menambahbaik program ini pada masa akan datang. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan demi kecemerlangan SK Bukit Tampoi (A).  

Sunday, March 31, 2024

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2024/2025


Program Transisi Tahun 1 adalah program yang wajib dijalankan buat semua murid Tahun 1 yang baru memasuki sesi persekolahan arus perdana. Seramai 21 orang yang terdiri daripada 12 murid lelaki dan 9 murid perempuan telah mendaftar sebagai murid Tahun 1 di SK Bukit Tampoi (A) bagi sesi 2024/2025. 

Program Transisi ini akan berlangsung selama 4 minggu dan dibahagikan kepada 2 fasa iaitu: -

  • Fasa Penyesuaian -2 minggu 
  • Fasa Kesediaan - 2 minggu
Dalam program ini, murid-murid diberikan penerangan tentang maklumat sekolah seperti nama sekolah, bilik darjah, bilik-bilik khas, guru-guru dan mengenali rakan sekelas. Murid-murid juga dibiasakan dengan aktiviti rutin sekolah seperti waktu rehat dan waktu pulang dengan mematuhi peraturan sekolah.

Murid-muirid turut diajar tatacara perhimpunan dan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang akan dinyanyikan setiap kali perhimpunan diadakan. 

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program transisi bagi mengingkatkan minat dan mengasah kemahiran psikomotor mereka. Diharap program ini dapat memberi impak dalam diri murid-murid.

Wednesday, April 12, 2023

PEMANTAUAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2023

 

Pemantauan Program Transisi Tahun 1 bagi sesi 2023 telah dilakukan oleh Tn. Hj. Zaidi bin Choremi (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah) daripada Unit Pendidikan Khas, PPD Sepang. Beliau hadir bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan Program Transisi ini dapat membantu murid Tahun 1 khususnya menyesuaikan diri dengan pembelajaran di sekolah.

Hasil pemantauan tersebut mendapat bahawa murid-muri di sekolah ini berjaya menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dan rakan-rakan baharu. Mereka seronok untuk datang ke sekolah berjumpa dengan rakan-rakan yang lain. Kehadiran murid-murid Tahun 1 juga amat memberangsangkan kerana melebihi 80%.

Program Transisi Tahun 1 ini amat baik untuk murid-murid khususnya buat mereka yang baru memasuki alam persekolahan formal. Justeru itu, program ini wajar diteruskan agar murid-murid mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rakan-rakan baharu. Di samping dapat meluaskan pengalaman dengan bercampur-gaul dengan murid-murid lain yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

Thursday, March 3, 2022

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024

Pendaftaran Murid Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2023/2024 telah dibuka dari 1 Mac 2022 hingga 30 April 2022. Pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di laman sesawang https://public.moe.gov.my dalam tempoh tersebut.

Pendaftaran secara dalam talian selepas tarikh tersebut sehingga 15 Disember 2022 adalah dikira sebagai pendaftaran lewat. Selepas 15 Disember 2022, pendaftaran adalah secara manual di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) / Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk kanak-kanak yang akan bersekolah bagi sesi persekolahan 2023/2024.

Kanak-kanak yang layak memohon pendaftaran tahun 1 bagi sesi persekolahan 2023/2024 adalah seperti berikut : -

1. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2017 untuk kemasukan sesi persekolahan 2023/2024.

2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 sehingga 1 Januari 2018 untuk kemasukan sesi persekolahan 2024/2025.

Pendaftaran Tahun 1 Sesi Persekolahan 2023/2024 (Sila klik pautan di bawah ini)

https://public.moe.gov.my/

Thursday, January 2, 2020

PROGRAM ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2020


Program Orientasi Tahun 1 Sesi 2020 telah diadakan pada 2 Januari 2020 (Khamis) di bilik darjah Tahun 1 Melur, SK Bukit Tampoi (A). Ramai ibu bapa yang hadir untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah bagi memulakan sesi persekolahan tahun 2020.

Seramai 17 orang murid yang berjaya hadir pada sesi kali ini. Walau bagaimanapun, bilangan murid akan bertambah dalam seminggu dua nanti. Ini disebabkan oleh kekangan ibu bapa yang bekerja dan tidak mendapat cuti bagi menguruskan anak masing-masing.

Sehubungan dengan program tersebut, satu majlis ringkas telah diadakan di dalam kelas tersebut. Pada majlis tersebut, Guru Besar, PK Pentadbiran dan PK Kokurikulum telah menyampaikan taklimat tentang sesi persekolahan yang akan berlangsung sepanjang tahun 2020 ini. 

Kemudian, ibu bapa dibimbing oleh Pn. Siti Najlaa selaku guru kelas dan guru-guru pembantu bagi sesi mengisi borang-borang seperti APDM, Kad Gigi, Borang PB1 (Bantuan) dan sebagainya. Syukur alhamdullillah kerana progran ini berjalan dengan jayanya. Diharapkan agar sesi persekolahan tahun 2020 akan gemilang dengan murid-murid yang terbilang.