Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Sunday, March 31, 2024

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2024/2025


Program Transisi Tahun 1 adalah program yang wajib dijalankan buat semua murid Tahun 1 yang baru memasuki sesi persekolahan arus perdana. Seramai 21 orang yang terdiri daripada 12 murid lelaki dan 9 murid perempuan telah mendaftar sebagai murid Tahun 1 di SK Bukit Tampoi (A) bagi sesi 2024/2025. 

Program Transisi ini akan berlangsung selama 4 minggu dan dibahagikan kepada 2 fasa iaitu: -

  • Fasa Penyesuaian -2 minggu 
  • Fasa Kesediaan - 2 minggu
Dalam program ini, murid-murid diberikan penerangan tentang maklumat sekolah seperti nama sekolah, bilik darjah, bilik-bilik khas, guru-guru dan mengenali rakan sekelas. Murid-murid juga dibiasakan dengan aktiviti rutin sekolah seperti waktu rehat dan waktu pulang dengan mematuhi peraturan sekolah.

Murid-muirid turut diajar tatacara perhimpunan dan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang akan dinyanyikan setiap kali perhimpunan diadakan. 

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program transisi bagi mengingkatkan minat dan mengasah kemahiran psikomotor mereka. Diharap program ini dapat memberi impak dalam diri murid-murid.

No comments:

Post a Comment