Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label PPDa. Show all posts
Showing posts with label PPDa. Show all posts

Thursday, February 13, 2020

PELANCARAN PROGRAM 5 MINIT ANTIDADAH TAHUN 2020


Pada 20 Januari 2020 (Isnin), satu majlis pelancaran Program 5 Minit Antidadah telah dilaksanakan semasa sesi perhimpunan pagi. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh En Mohd Fadzli Bin Mansor (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid). 

Program 5 Minit Antidadah merupakan satu program perkongsian atau penyebaran maklumat mengenai dadah seperti kesan penggunaan dadah dalam diri. Program ini akan dilaksanakan pada setiap hari Isnin semasa sesi perhimpunan. Perkongsian maklumat mengenai dadah ini disampaikan melalui pembacaan selama 5 minit oleh murid yang telah dipilih oleh guru bertugas.

Harapannya, dengan adanya program pengkongsian 5 Minit Antidadah ini. Murid akan lebih mengetahui maklumat dan kesan penggunaan dadah yang berbahaya kepada diri murid.



Sunday, March 10, 2019

PEMANTAUAN PROGRAM PENDIDIKAN DADAH 2019


Pemantauan Program Pendidikan Dadah (PPDa) telah dijalankan di SK Bukit Tampoi (A) bagi tahun 2019. Pemantauan telah dilaksanakan oleh 2 orang pegawai yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. 

Mereka telah memantau pelaksanaan PPDa bagi tahun 2018 dan 2019 berdasarkan instrumen pemantauan. Antara perkara yang dipantau adalah Bilik/Lorong/Sudut PPDa, pelaksanaan Program 5 Minit, Bimbingan PPDa dan fail PPDa.

Sejurus selepas pemantauan selesai dijalankan, mereka telah bertemu dengan GPK Hal Ehwal Murid dan Penyelaras PPDa untuk menyampaikan maklum balas yang diperoleh daripada hasil pemantauan tersebut. Secara keseluruhannya, prestasi pemantauan pada tahun ini adalah cemerlang.



Tuesday, February 19, 2019

MAJLIS PERASMIAN BULAN ANTIDADAH KEBANGSAAN 2019



Majlis Perasmian Bulan Antidadah Kebangsaan 2019 telah dirasmikan pada 19 Februari 2019 (Selasa) di tapak perhimpunan SK Bukit Tampoi (A). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En. Mohd. Fadzli bin Mansor (GPK Hal Ehwal Murid). Turut hadir adalah GPK Pentadbiran dan guru-guru SK Bukit Tampoi (A).

Tema Bulan Antidadah Kebangsaan bagi tahun 2019 ialah "Komuniti Kita, Tanggungjawab Kita". Ini merupakan tema tahun lepas yang masih relevan dengan keadaan semasa pada ketika ini. Pada majlis yang sama, perutusan oleh Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan sempena Bulan Antidadah Kebangsaan turut dibacakan oleh GPK Hal Ehwal Murid.

Pada akhir majlis, seorang murid telah tampil ke hadapan menyampaikan Program 5 Minit Antidadah. Semoga dengan pelancaran Bulan Antidadah Kebangsaan 2019 dapat memberi kesedaran tentang bahaya dadah kepada diri, masyarakat, bangsa, agama dan negara.






Wednesday, April 19, 2017

PROGRAM CERGAS, CERDAS & SIHAT 2017

Program Cergas, Cerdas Sihat merupakan suatu aktiviti kesihatan yang telah dijalankan pada 19 April 2017 (Rabu) di SK Bukit Tampooi (A). Program yang dikendalikan dengan kerjasama Unit Kantin, Unit RMT, Unit 3K dan Unit PPDa adalah telah bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 petang. 

Program dimulai dengan aktiviti senamrobik, diikuti oleh aktiviti pertandingan mewarna sehingga waktu rehat. Selepas waktu rehat tamat, program disambung semula dengan aktiviti kuiz kesihatan yang dikendalikan oleh Pn. Rozima. 


Seterusnya diikuti oleh ceramah Pemakanan Sihat yang disampaikan oleh Pegawai Pemakanan dari PKD Salak. Program diakhiri dengan persembahan silap mata yang dipersembahkan oleh En. Mustaqim. 


Program yang telah dijalankan mendapat kerjasama yang baik daripada semua guru dan murid. Banyak infomasi kesihatan disampaikan untuk kebaikan diri dan keluarga. Semoga semua warga sekolah mendapat manfaat yang berguna selepas mengikuti program ini.