Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label Pemberitahuan. Show all posts
Showing posts with label Pemberitahuan. Show all posts

Sunday, November 8, 2020

PENGOPERASIAN SEKOLAH UNTUK BAKI TAHUN 2020


KPM mengambil maklum pengumuman oleh Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan pada 7 November 2020 berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) melibatkan seluruh negeri di Semenanjung Malaysia kecuali negeri Kelantan, Pahang dan Perlis. Tempoh PKPB ini adalah selama empat minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020. Manakala PKPB di Sabah, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan turut dilanjutkan sehingga tarikh tersebut.

Mengambil kira pengumuman tersebut serta takwim persekolahan tahun 2020, KPM telah memutuskan bahawa semua sekolah termasuk Kolej Vokasional di bawah KPM di negeri-negeri terlibat akan ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A dan 19 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B. Penutupan ini melibatkan 74 peratus daripada jumlah keseluruhan sekolah di bawah KPM.

Oleh yang demikian, KPM telah memutuskan bahawa semua sekolah di negeri Kelantan, Pahang, Perlis dan Sarawak akan turut ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B. Langkah ini diambil bagi membantu usaha Kerjaan memutuskan rantaian penularan jangkitan wabak COVID-19.

Sepertimana Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021 yang diumumkan sebelum ini, penggal persekolahan akan bermula pada 20 Januari 2021. Semua murid sekolah rendah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada tarikh tersebut. Bagi sekolah menengah pula, murid Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta semua murid Kolej Vokasional akan memulakan persekolahan secara bersemuka pada tarikh yang sama. Manakala, murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan memulakan sesi persekolahan pada tarikh yang sama tetapi secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid. Mereka akan kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021.

Friday, September 21, 2018

JADUAL MURID DIREHATKAN SEMPENA UPSR 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

Berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 6 Tahun 2016, murid-murid akan direhatkan seperti jadual di bawah ini : -

Tarikh
Hari
Murid Direhatkan
Murid Bersekolah
24/09/2018
Isnin
Prasekolah, Tahun 1, 2, 3 dan 5
Tahun 4
25/09/2018
Selasa
Prasekolah, Tahun 1, 2, 3 dan 5
Tahun 4
26/09/2018
Rabu
Prasekolah, Tahun 1, 2, 3 dan 4
Tahun 5
27/09/2018
Khamis
Prasekolah, Tahun 1, 2, 3 dan 4
Tahun 5

Para ibu, bapa dan penjaga diminta mengambil anak masing-masing mengikut masa yang telah ditetapkan. Kerjasama daripada pihak tuan, kami dahuli dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Friday, December 29, 2017

PERMULAAN SESI PERSEKOLAHAN 2018

Tahun 2018 hampir menjelang tiba tidak berapa hari lagi. Ini menandakan cuti persekolahan yang panjang hampir sampai di penghujungnya. Maka bermulalah sesi persekolahan baharu sesi 2018. Sesi persekolahan 2018 akan bermula seperti berikut : -

Tarikh : 2 Januari 2018 (Selasa)
Masa : 7.40 pagi - 1.30 petang
Tempat : SK Bukit Tampoi (A)

Sehubungan dengan pembukaan sekolah pada tahun 2018, murid-murid diharapkan dapat hadir awal ke sekolah dengan memakai pakaian seragam yang lengkap. Pihak sekolah akan mengadakan satu sesi taklimat kepada murid-murid di tapak perhimpunan sekolah.

"SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH"

Friday, April 21, 2017

CUTI PERTABALAN DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG

Image result for pertabalan agong 2017

Sayugia dimaklumkan bahawa SK Bukit Tampoi (A) akan bercuti pada 24 April 2017 (Isnin) bagi menghormati dan meraikan Majlis Pertabalan DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang diadakan pada tarikh tersebut. Murid-murid boleh mengambil kesempatan ini untuk menyaksikan upacara pertabalan di peti televisyen masing-masing. Sekolah akan beroperasi semula seperti biasa pada 25 April 2017 (Selasa). Sekian, harap maklum.

Wednesday, February 8, 2017

CUTI THAIPUSAM DAN CUTI PERISTIWA 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa SK Bukit Tampoi (A) akan bercuti selama 2 hari iaitu pada 9 dan 10 Februari 2017. Pada 9 Februari 2017 (Khamis) merupakan Hari Thaipusam manakala pada 10 Februari 2017 (Jumaat) adalah Cuti Peristiwa sempena Hari Moyang bagi masyarakat Orang Asli.

Namun begitu operasi pejabat sekolah berjalan seperti biasa pada 10 Februari 2017 (Jumaat). Waktu urusan pejabat adalah dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Sekolah akan dibuka semula pada 13 Februari 2017 (Isnin). Harapan kami agar para ibu bapa dan penjaga dapat memastikan kehadiran anak masing-masing pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih.

Friday, February 3, 2017

MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

Hari : Ahad
Tarikh : 5 Februari 2017
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kantin Sekolah

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah menjemput tuan/puan hadir pada masa dan tempat yang ditetapkan seperti di atas. Jamuan ringan untuk ibu bapa dan penjaga serta cabutan bertuah akan disediakan.

Sekian, harap maklum.

Thursday, February 2, 2017

JADUAL WAKTU BAHARU FEBRUARI 2017

Berkuatkuasa 1 Februari 2017, semua murid SK Bukit Tampoi (A) telah diberi jadual waktu persekolahan yang baharu. Oleh itu, semua murid dikehendaki untuk mengikuti jadual waktu baharu yang diterima agar pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Selain daripada itu, waktu persekolahan juga telah berubah. Waktu mula persekolahan masih dikekalkan seperti biasa iaitu pada pukul 7.40 pagi manakala waktu tamat persekolahan telah berubah. Butiran waktu persekolahan setiap hari adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah ini.

Hari
Mula Persekolahan
Tamat Persekolahan
Isnin
7.40 pagi
1.30 petang
Selasa
7.40 pagi
1.30 petang
Rabu
7.40 pagi
1.00 petang
Khamis
7.40 pagi
1.00 petang
Jumaat
7.40 pagi
12.00 tengah hari