Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, February 24, 2017

MAJLIS PENYERAHAN BKAP1M 2017



Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) merupakan bantuan kewangan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 pada setiap tahun. Setiap murid yang layak akan diberi sebanyak RM100 seorang. Bantuan diberikan kepada murid dengan pendapatan keluarga yang kurang daripada RM3000.




Pada hari ini, SK Bukit Tampoi (A) telah menyampaikan bantuan BKAP1M kepada 114 orang murid, manakala selebihnya seramai 51 orang murid akan diberikan selepas data pendapatan keluarga disahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Bantuan ini telah diserahkan kepada ibu bapa murid oleh guru-guru kelas di kelas masing-masing.



Tujuan pemberian bantuan BKAP1M adalah untuk membantu keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah membeli kelengkapan sekolah seperti buku tulis, alat tulis, pakaian sekolah dan t-shirt sukan dan unit beruniform. Selain daripada itu,  ibu bapa turut diingatkan untuk melunaskan sumbangan PIBG yang sebanyak RM20 bagi setiap keluarga.



Majlis yang bermula pada pukul 9.00 pagi telah dirasmikan oleh En. Mohd. Rahman bin Rabingan (Guru Besar) di samping memberi taklimat ringkas berkaitan pengenalan, tujuan dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa dengan bantuan BKAP1M yang diperoleh. Semoga bantuan yang diberikan dapat digunakan untuk kebajikan murid-murid untuk meringankan beban ibu bapa dan keluarga. 



No comments:

Post a Comment