Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Sunday, October 29, 2017

MAJLIS ANUGERAH LATIHAN PERSONEL NEGERI SELANGOR TAHUN 2017


Majlis Anugerah Latihan Personel Negeri Selangor Tahun 2017 telah diadakan pada 25 Oktober 2017 (Rabu) di Dewan Antares, Kolej Matrikulasi Selangor, Kuala Langat. SK Bukit Tampoi (A) telah diwakili oleh Pn. Siti Saadah binti Mukrim (Guru Besar) sebagai penerima sijil penghargaan tersebut. Tahniah kepada Penyelaras dan AJK Latihan Personal SK Bukit Tampoi (A) kerana telah berjaya mencapai KPI Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Tujuan majlis ini diadakan bagi menghargai sekolah yang telah berjaya mencapai 100% latihan 7 hari bagi warga sekolah sehingga 31 Julai 2017. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh En. Shashim Shah bin Harun (Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor). Seramai 176 buah sekolah di seluruh negeri Selangor telah menerima sijil tersebut.

No comments:

Post a Comment