Kelas Dewasa Asli Pribumi (KEDAP) adalah kelas pengajaran dan pembelajaran bagi orang dewasa terutama bagi Orang Asli yang masih tidak tahu menulis dan membaca. Di dalam sukatan pembelajaran mereka perlu mengadakan lawatan sambil belajar. Tujuan aktiviti lawatan tersebut adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar mengenal dan menimba pengalaman baharu apabila melawat tempat-tempat bersejarah agar dapat diceritakan kepada anak-anak mereka.
Pada tahun ini, pelajar KEDAP telah mengadakan lawatan ke Pulau Pinang. Seramai 40 orang peserta telah menyertai rombongan tersebut. Mereka terdiri daripada guru-guru dan pelajar-pelajar KEDAP. Tujuan lawatan kali ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang negeri yang tiada penduduk Orang Asli. Selain daripada itu, mereka juga dapat mengenal pelbagai jenis kaum yang menghuni pulau tersebut, di samping dapat mengecapi keenakkan dan keunikan makanan di sana.
Lawatan yang selama 3 hari 2 malam ini telah bermula pada hari Jumaat pada pukul 11.00 malam dengan bertolak dari sekolah. Pelbagai tempat menarik yang mereka lawati seperti Jambatan Pulau Pinang, Padang Kota, Muzium 3D, Menara Komtar dan Bukit Bendera. Selain daripada itu, mereka turut dapat merasai makanan unik seperti rojak pasembor, jeruk dan nasi kandar. Mereka turut membeli beberapa jenis makanan sebagai buah tangan dari Pulau Pinang. Semoga lawatan ini dapat memberi banyak manfaat kepada para pelajar KEDAP terutamanya.
Bukit Bendera
Nasi Kandar
Muzium 3D
No comments:
Post a Comment