Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Sunday, October 1, 2017

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2 TAHUN 2017


Kem Bestari Solat (KBS) Siri 2 bagi tahun 2017 telah dilaksanakan pada 28 September 2017 (Sabtu) di Bilik Pendidikan Islam, SK Bukit Tampoi (A). Program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam ini telah dijalankan bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 1 petang. Seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid yang beragama Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang dikendalikan oleh 2 orang guru Pendidikan Islam, 1 orang guru Bahasa Arab dengan dibantu oleh 3 orang guru pelatih dari IPGM Kampus Bangi.

Tujuan kem ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan secara teori dan amali berkaitan tentang mengerjakan solat fardu bagi menyempurnakan Hukum Fardu Ain bagi seorang yang beragama Islam. Para peserta diberi taklimat tentang pelaksanaan program dari awal hingga akhir. Di dalam taklimat disebutkan juga tentang cara-cara mengambil wuduk dan mengerjakan solat. Bagi menyempurnakan solat fardu, para peserta diajarkan mengerjakan solat secara amali. Dengan cara ini, peserta tahu akan kesalahan dan memperbaiki kesalahan tersebut.

Di akhir program, suatu majlis penutupan telah diadakan di Bilik Pendidikan Islam. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar, SK Bukit Tampoi (A). Pada majlis tersebut semua peserta telah dianugerahkan sijil tamat Kem Bestari Solat. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya mengikuti program sehingga tamat. Semoga pengetahuan yang dipelajari akan diteruskan di rumah agar ibadat solat anda akan diterima Tuhan. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan guru pelatih kerana telah bertungkus-lumus mengajar dan membimbing para peserta mengerjakan solat dengan cara yang betul. Jasa tuan akan sentiasa dikenang dan dihargai.




Taklimat Program KBS Siri 2



Ceramah Fardu Ain



Latihan Dalam Kumpulan




Amali Solat Berjemaah



Pemasangan Kain Rentang di Bilik Pendidikan Islam

No comments:

Post a Comment