Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label BKAP. Show all posts
Showing posts with label BKAP. Show all posts

Monday, January 29, 2018

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2018


Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2018 telah diadakan pada 29 Januari 2018 (Isnin) bertempat di kelas Tahun 1 hingga Tahun 6. Penyerahan BAP yang bernilai RM100 ini telah diserahkan oleh guru kelas kepada ibu bapa atau penjaga. 

BAP merupakan bantuan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Mereka yang layak adalah terdiri daripada keluarga yang berpendapatan RM3000 dan ke bawah sahaja. Dahulu bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M).

Harapan pihak kerajaan agar bantuan ini dapat digunakan untuk membeli peralatan persekolahan anak-anak. Semoga bantuan yang disalurkan akan dapat menggalakkan murid untuk hadir ke sekolah.




Penyerahan Tahun 1


Penyerahan Tahun 2


Penyerahan Tahun 3


Penyerahan Tahun 4


Penyerahan Tahun 5


Penyerahan Tahun 6

Tuesday, October 17, 2017

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2017 (KES CICIR)


Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) bagi tahun 2017 adalah bantuan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi sekolah rendah sebanyak RM100 bagi seorang murid. Sesi pertama penyerahan bantuan tersebut telah dilakukan pada bulan Mac 2017 kepada seramai 114 orang murid. 

Walau bagaimanapun, masih terdapat seramai 51 orang yang belum menerima bantuan tersebut. Justeru itu, pihak sekolah telah menghantar semua nama murid yang tercicir ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk penambahan bantuan.

Pada awal bulan Oktober 2017, satu senarai nama murid yang tercicir dalam penerimaan bantuan BKAP telah diterima oleh pihak sekolah. Maka, suatu majlis penyerahan telah diadakan pada 13 Oktober 2017 (Jumaat). Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pn. Siti Saadah binti Mukrim (Guru Besar) di Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Seramai 51 orang penerima telah datang untuk satu taklimat ringkas sebelum penyerahan bantuan tersebut dilakukan. Bantuan tersebut hendaklah digunakan untuk membeli barang keperluan sekolah seperti alat tulis, pakaian sekolah dan keperluan sekolah yang lain. Selain daripada itu, ibu bapa diingatkan untuk menjelaskan sumbangan PIBG yang sebanyak RM20 untuk sebuah keluarga. 

Di akhir majlis tersebut ibu bapa dan penjaga dijemput ke kelas anak masing-masing untuk menerima bantuan daripada guru kelas tersebut. Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan oleh semua murid dalam membantu menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah.


Pendaftaran Ibu Bapa dan Penjaga


Kehadiran Ibu, Bapa dan Penjaga


Ucapan Aluan
(GPK Hal Ehwal Murid)


Ucapan Perasmian
(Guru Besar)



Penyerahan Bantuan oleh Guru Kelas