Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label Hari Sukan Negara. Show all posts
Showing posts with label Hari Sukan Negara. Show all posts

Friday, October 13, 2023

HARI SUKAN NEGARA 2023


Hari Sukan Negara yang dilaksanakan pada setiap minggu kedua bulan Oktober telah dilaksanakan di SK Bukit Tampoi (A) pada 13 Oktober 2023 (Jumaat). Semua murid dan guru terlibat secara langsung di dalam program tersebut.

Aktiviti yang dilaksanakan pada HSN pada tahun ini adalah aktiviti senamrobik. Tetapi pada kali ini semua murid dan guru melakukan senamrobik dengan menonton di saluran maya menggunakan televisyen pintar.

Sebelum aktiviti senamrobik, satu majlis perasmian telah diadakan yang dirasmikan oleh En. Mohd Fadzli bin Mansor (Guru Besar) SK Bukit Tampoi (A). Dalam ucapan beliau mengingatkan agar semua murid dan guru sentiasa mengekalkan kesihatan fizikal dan mental agar dapat terus belajar dan bekerja dengan penuh iltizam dan dedikasi.

Di seluruh negara, HSN berlangsung dari 13 hingga 15 Oktober 2023. Ini bermakna semua sekolah khususnya boleh melaksanakan program HSN ini dalam tempoh yang diberikan. Semoga program seperti ini dapat diteruskan untuk memastikan murid dan guru kekal sihat sejahtera selalu.

Friday, October 7, 2022

HARI SUKAN NEGARA 2022

 

Hari Sukan Negara 2022 telah kembali semula setelah 2 tahun ditangguhkan akibat Covid-19. HSN diadakan pada minggu pertama bulan Oktober. SK Bukit Tampoi (A) telah berjaya menganjurkan HSN sebagai sebahagian daripada program sukan sekolah.

Aktiviti yang dijalankan adalah ucapan perasmian yang telah dirasmikan oleh En. Mohd Fadzli bin Mansor (Guru Besar) SK Bukit Tampoi (A). Aktiviti seterusnya adalah sukan gogorama yang diketuai oleh murid-murid sendiri.

Sukan gogorama adalah sukan senamrobik untuk memanaskan badan sebelum acara yang lebih berat. Acara tersebut adalah acara Fun Run. Murid-murid berlari-lari anak (berjogging) dari pagar sekolah sehingga terowong KOA Bukit Tampoi (A). Semua warga sekolah bersama-sama melakukan aktiviti riadah ini dengan penuh gembiran dan ceria. 

Saturday, October 19, 2019

HARI SUKAN NEGARA 2019


Hari Sukan Negara adalah acara tahunan Kementerian Belia dan Sukan yang dijalankan di seluruh negara pada Sabtu minggu pertama bulan Oktober. Bagi menyahut seruan kerajaan untuk membudayakan cara hidup sihat, Unit Sukan, SK Bukit Tampoi (A) telah menganjurkan program tersebut di sekolah.

Program ini dijalankan pada 18 Oktober 2019 (Jumaat) yang disertai oleh semua guru dan murid sekolah. Program dimulai dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh Pn. Hamizan bersama pasukan Gogorama sekolah.

Selepas selesai acara senamrobik, murid-murid turut menyertai permainan sukaneka seperti menghantar tepung atas kepala, melambung belon kepada rakan dan boling buah kelapa. Semua acara berjalan dengan lancar dan murid-murid amat girang menyertai acara yang disediakan.




Saturday, October 13, 2018

SENAMROBIK HARI SUKAN NEGARA 2018

HARI SUKAN NEGARA 2018


Hari Sukan Negara dilaksanakan pada setiap tahun bagi memberikan sokongan kepada Dasar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk seluruh rakyat Malaysia. Tujuan dasar ini diperkenalkan adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan budaya hidup sihat.

Budaya hidup sihat yang mesti diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia adalah dengan pemakanan yang seimbang, senaman yang kerap dan pemeriksaan kesihatan berkala. Justeru itu, KBS telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan memasukkan dasar ini ke dalam takwim kementerian masing-masing setiap tahun.

SK Bukit Tampoi (A) telah berjaya melaksanakan Hari Sukan Negara ini pada hari ini 13 Oktober 2018 (Sabtu). Semua murid dari prasekolah sehingga Tahun 6 telah menyertai program tersebut. Turut bersama warga sekolah adalah peserta kelas Kedap yang telah memberikan sokongan dan menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak murid SK Bukit Tampoi (A).

Aktiviti yang dilaksanakan pada Hari Sukan Negara pada tahun ini adalah senamrobik. Senamrobik tahun ini telah diketuai oleh Miss Zain (Instruktor) yang dijemput khas. Aktiviti senamrobik ini telah berlangsung selama sejam bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Selepas waktu rehat, aktiviti diteruskan dengan latihan sukan sebagai persiapan Sukan Tahunan Sekolah yang tidak berapa lama lagi.



Pasukan Senamrobik


Warga SK Bukit Tampoi (A) yang menyertai senamrobik




Peserta Kedap yang turut hadir




Sumbangan Saguhati kepada Instruktor

Monday, October 16, 2017

HARI SUKAN NEGARA 2017


Hari Sukan Negara merupakan aktiviti tahunan yang disyorkan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia pada minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Pada tahun ini, Hari Sukan Negara diadakan pada 14 Oktober 2017 (Sabtu) di SK Bukit Tampoi (A).

Pada tahun ini, unit sukan telah menjemput pelajar-pelajar KEDAP untuk turut sama menjayakan aktiviti tersebut. Mereka telah datang seawal pukul 7.40 pagi untuk menyertai murid dan guru dalam aktiviti senamrobik. Aktiviti senamrobik telah dibimbing oleh seorang jurulatih yang dijemput khas.

Aktiviti seterusnya adalah latihan sukan bagi persiapan dan persediaan murid untuk menghadapi hari sukan tahunan yang bakal berlangsung pada awal bulan November 2017. Dengan peluang ini murid boleh menunjukkan bakat masing-masing untuk dipilih sebagai wakil rumah sukan masing-masing. Semoga semua guru, ibu bapa, pelajar KEDAP dan murid-murid akan meneruskan aktiviti sukan ini untuk menjadi seorang insan yang sihat dan cergas. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.





Pelajar KEDAP


Guru Besar dan guru-guru


Aktiviti Senamrobik


Latihan Sukan


Jurulatih

Wednesday, October 12, 2016

HARI SUKAN NEGARA 2016


Hari Sukan Negara telah disiytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh YAB Datuk Seri Mohd. Najib bin Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24 Mac 2015.


Hari Sukan Negara merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah yang pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.