Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Saturday, October 13, 2018

HARI SUKAN NEGARA 2018


Hari Sukan Negara dilaksanakan pada setiap tahun bagi memberikan sokongan kepada Dasar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk seluruh rakyat Malaysia. Tujuan dasar ini diperkenalkan adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan budaya hidup sihat.

Budaya hidup sihat yang mesti diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia adalah dengan pemakanan yang seimbang, senaman yang kerap dan pemeriksaan kesihatan berkala. Justeru itu, KBS telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan memasukkan dasar ini ke dalam takwim kementerian masing-masing setiap tahun.

SK Bukit Tampoi (A) telah berjaya melaksanakan Hari Sukan Negara ini pada hari ini 13 Oktober 2018 (Sabtu). Semua murid dari prasekolah sehingga Tahun 6 telah menyertai program tersebut. Turut bersama warga sekolah adalah peserta kelas Kedap yang telah memberikan sokongan dan menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak murid SK Bukit Tampoi (A).

Aktiviti yang dilaksanakan pada Hari Sukan Negara pada tahun ini adalah senamrobik. Senamrobik tahun ini telah diketuai oleh Miss Zain (Instruktor) yang dijemput khas. Aktiviti senamrobik ini telah berlangsung selama sejam bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Selepas waktu rehat, aktiviti diteruskan dengan latihan sukan sebagai persiapan Sukan Tahunan Sekolah yang tidak berapa lama lagi.



Pasukan Senamrobik


Warga SK Bukit Tampoi (A) yang menyertai senamrobik




Peserta Kedap yang turut hadir




Sumbangan Saguhati kepada Instruktor

No comments:

Post a Comment