Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, October 8, 2018

PROGRAM MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH 2018


Program Minggu Pusat Sumber Sekolah 2018 telah dilancarkan mulai 8 - 12 Oktober 2018. Majlis pelancaran program tersebut telah dirasmikan oleh Pn. Siti Saadah binti Mukrim (Guru Besar) dengan gimik perasmian iaitu menampal puzzle pada papan putih.

Program anjuran Pusat Sumber Sekolah (PSS) dengan kerjasama panitia-panitia seperti Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI), Matematik (MT), Sains (SN) dan Muzik (MZ), Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Pendidikan Islam/Pendidikan Moral (PI/PM), Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK), Bahasa Arab (BA), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Pendidikan Seni & Visual telah merancangkan pelbagai aktiviti menarik.

Antara aktiviti yang dirancangkan adalah seperti pertandingan mewarna (PSV), Mari Membina (Sains), Bijak Matematik (MT), Suai Padan (RBT), susun lirik (MZ), Kuiz Tayangan (PI/PM), Make It Correct (BI), Kuiz Sejarah (SJ), Tulisan Cantik (BM), Kuiz Kesihatan (PJK), Haiya Lawwin (BA), Hour Of Code (TMK) dan Tampoi Race (Semua). 



No comments:

Post a Comment