Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, October 26, 2018

KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH ORANG ASLI PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2018


Kejohanan Sukan Sekolah Orang Asli (KSSMOA) Peringkat Kebangsaan telah diadakan mulai 22 hingga 26 Oktober 2018 bertempat di Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Kejohanan yang diadakan setiap tahun ini mempertandingankan acara olahraga, bola sepak, bola baling, sepak takraw dan ragbi sentuh.

Negeri Johor Darul Takzim telah dipilih sebagai tuan rumah pada tahun ini yang disertai oleh negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Negeri-negeri ini merupakan negeri yang mempunyai Sekolah Orang Asli.

Pada tahun ini, SK Bukit Tampoi (A) telah terpilih untuk mewakili negeri Selangor dalam acara sepak takraw. Seramai 8 orang atlet sepak takraw diiringi oleh 3 orang guru pengiring telah dihantar ke Johor Bahru untuk menyertai kejohanan tersebut.

Keputusan pada tahun ini tidak memihak kepada kita kerana tidak berjaya memenangi sebarang pingat. Walau bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat kita untuk terus mencuba pada tahun hadapan dengan azam yang baharu. Semoga tahun hadapan membuka peluang yang lebih cerah kepada kita. Tahniah kepada pasukan sepak takraw kerana telah berjaya membawa nama sekolah ke peringkat kebangsaan.






No comments:

Post a Comment