Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, October 18, 2018

PROGRAM KEUSAHAWANAN KELAS KEDAP 2018


Program Keusahawanan Kelas Kedap adalah kerjasama di antara Islamic Relief Malaysia (IRM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai langkah pertama untuk mencungkil minat dan bakat berniaga dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Seramai 16 peserta Kedap dan 4 orang murid Tahun 5 telah mengambil bahagian di dalam program ini. 

Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk menjalankan aktiviti jualan pada Hari Sukan Tahunan yang akan diadakan pada 2 November 2018. Program ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 18 dan 19 Oktober 2018 bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Bilik Komputer, SK Bukit Tampoi (A). 

Tenaga pengajar profesional telah dipilih yang terdiri daripada 4 orang pensyarah dari UPM. Para pensyarah yang terlibat ialah Dr. Amalina, Dr. Siti Manisah, Pn. Maswati dan Pn. Munirah selaku pembantu daripada Jabatan Perakaunan dan Kewangan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM. Manakala Dr. Shafie merupakan pensyarah Kanan, Jabatan Pengurusan dan Pemasaran, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM.

Manakala En. Mohamad Syakir dan Cik Hanani merupakan wakil daripada IRM sebagai pengelola kepada program ini. Selain daripada itu, IRM juga akan menyediakan peruntukan permulaan agar program ini berjalan dengan lancar. Semoga program ini dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.











No comments:

Post a Comment