Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, July 19, 2019

PERTANDINGAN SENAMROBIK SEKOLAH-SEKOLAH ORANG ASLI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2019


Pertandingan Senamrobik Sekolah-sekolah Orang Asli Peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 17 Julai 2019 (Rabu) di SK Bukit Bangkong (A), Sepang. Sebanyak 11 buat sekolah Orang Asli dalam negeri Selangor yang terdiri daripada tiga buah daerah iaitu daerah Sepang, Kuala Langat dan Hulu Selangor.

SK Bukit Tampoi (A) telah menghantar sepasukan senamrobik yang terdiri daripada 12 orang murid pelbagai umur. Mereka diiringi oleh 4 orang guru yang diketuai oleh En. Farid Anwar bin Shaari (GPK Kokurikulum).

Pertandingan yang dianjurkan oleh daerah Sepang yang dikelolakan oleh SK Bukit Bangkong (A) sebagai tuan rumah pertandingan. Pertandingan telah dimenangi oleh SK bukit Bangkong (A) tempat pertama, SK Bukit Kemandol (A) tempat kedua dan SK Sungai Bumbum (A) tempat ketiga.

Walaupun pasukan sekolah tidak berjaya memenangi apa-apa pingat, namun usaha yang bersungguh-sungguh yang telah ditunjukkan oleh guru-guru dan murid-murid harus dipuji. Mereka telah berlatih berminggu-minggu demi mengharumkan nama sekolah. Sekalung syabas diucapkan kepada mereka, semoga kekalahan ini akan menjadi pembakar semangat untuk maju di masa hadapan.




No comments:

Post a Comment