Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, September 21, 2017

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2017


Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada hari ini 21 September 2017 (Khamis) di kantin sekolah, SK Bukit Tampoi (A). Majlis telah dirasmikan oleh Pn. Siti Saadah binti Mukrim (Guru Besar) SK Bukit Tampoi (A). Turut diundang adalah Ahli Jawatankuasa PIBG iaitu En. Ali bin Timon dan En. Zainuddin bin Kurus.

Pada pukul 9.00 pagi majlis telah dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan negeri Selangor. Kemudian diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Fikri. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan oleh Penyelaras Program dan akhir sekali ucapan perasmian yang disampaikan oleh Guru Besar.

Selepas itu, majlis berehat seketika untuk memberi laluan kepada murid untuk jamuan murid. Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan pertandingan Pakaian Patriotik. Para peserta terdiri daripada wakil murid dari setiap kelas. Pelbagai jenis pakaian yang diperagakan seperti pakaian tradisional, pakaian beruniform dan pakaian daripada Jalur Gemilang.

Kemudian, diikuti dengan pertandingan nyanyian Lagu Patriotik. Sekumpulan murid dari setiap kelas telah mewakili kelas masing-masing di dalam pertandingan tersebut. Setiap kumpulan telah menyampaikan sebuah persembahan yang menarik dengan menyelitkan gaya yang berbeza dan penuh bersemangat.

Di akhir majlis, telah diadakan penyampaian hadiah kepada semua pemenang. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh AJK PIBG. Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang telah berjaya di dalam setiap pertandingan yang telah dijalankan. Semoga tahun hadapan program seperti ini akan diadakan lagi dengan lebih meriah dan menarik. 


Pakaian Beragam Guru dan Staf




Murid-murid yang hadir


Pengacara Majlis


Pembaca Doa


Ucapan Guru Besar


Agihan makanan murid



Tetamu AJK PIBG


Pertandingan Pakaian Patriotik





Pertandingan Lagu Patriotik





Jamuan makan guru, staf dan tetamu


No comments:

Post a Comment