Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, November 2, 2018

SUKAN TAHUNAN SK BUKIT TAMPOI (A) KALI KE-22 TAHUN 2018



Sukan Tahunan SK Bukit Tampoi (A) Kali Ke-22 Tahun 2018 telah diadakan pada 2 November 2018 (Jumaat) di Padang Awam, KOA Bukit Tampoi. Pihak sekolah telah menjemput Y.B. Tuan Adhif Syan bin Abdullah (ADUN Dengkil) untuk merasmikan sukan tahunan sekolah pada tahun ini. Malangnya beliau tidak dapat hadir dan menghantar wakil menggantikan tempat beliau.

Turut hadir adalah En. Rajalingam a/l Ramayah (Ahli Majlis Daerah Sepang), En. Zuhaimi bin Md. Nasir (wakil PPD Sepang), Batin Osman bin Abdullah (Batin KOA Kolam Air Bangkong), Batin Changkek Anak Dabal (Batin KOA Bukit Tampoi), Batin Jalil bin Long (Batin KOA Bukit Baja), En. Mohamed Syakir bin Mohd. Sarib (IRM), Cik Hanani binti Ahmad Syukri (IRM), Cik Maryam (IRM) dan Dr. Shafie bin Sidek (UPM).

Semasa majlis perasmian, wakil daripada ADUN Dengkil telah menyampaikan berita gembira kerana beliau telah bermurah hati untuk menyumbangkan sebanyak RM2000 kepada pihak sekolah untuk menampung kos penganjuran sukan tahunan sekolah pada tahun ini.

Pada tahun ini, peserta Kedap dengan kerjasama IRM dan UPM telah membuka 2 buah gerai jualan. Tujuan gerai tersebut dibuka adalah untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada para peserta akan selok-selok perniagaan.

Keputusan akhir Sukan Tahunan SK Bukit Tampoi (A) Kali Ke-22 Tahun 2018 telah dimenangi oleh Rumah Kuning (Juara Perbarisan), Rumah Biru (Juara Keseluruhan), adik Nur Natasya binti Muhammad Alwi (Olahragawati) dan adik Jonathan Joyce (Olahragawan).

Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang telah memberikan sepenuh tenaga, ikhtiar, usaha dalam menjayakan sukan tahunan pada tahun ini. Pihak sekolah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat ADUN Dengkil, Majlis Daerah Sepang, Islamic Relief Malaysia, Satria Perkasa Security, PPD Sepang, PIBG SKBTA, peserta Kedap, guru-guru dan ibu bapa yang hadir. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak sukan tahunan ini tidak akan berjaya. Sampai berjumpa lagi pada tahun hadapan.














No comments:

Post a Comment